• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Thailand Lancar Monkey 125 Gundam Edition, Harga RM17.5k

Honda Thailand Lancar Monkey 125 Gundam Edition, Harga RM17.5k

December 3, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Thailand
(AP Honda) pernah mencipta kejutan apabila memperkenalkan motosikal mini edisi khas, Monkey Dragon Ball Edition, tahun lalu.

Tahun ini pula, wakil pengeluar itu memilih tema Gundam untuk Monkey 125 yang didatangkan dalam dua pilihan varian. Varian yang mendapat sentuhan unit talaan Cub House itu ialah RX-78-2 dan MS-06S CHAR'S ZAKU II.

BACA >>> Thailand Lancar Honda Monkey Dragon Ball Limited Edition, Cuma 100 Unit Seluruh Dunia

Hanya 125 unit ditawarkan bagi setiap varian yang masing-masing diberikan nombor siri (1-125). Model edisi terhad itu ditayangkan kepada pengunjung pameran Motor Expo 2020 di Muang Thong Thani, Thailand.

Model ini menampilkan beberapa komponen Monkey 125 dengan seragam Gundam yang berbeza daripada model standard. Antaranya, komponen gentian karbon digunakan untuk menghasilkan panel pelindung tangki minyak.

Selain itu, kotak penapis udara memaparkan corak gentian karbon berserta logo istimewa yang dihasilkan menggunakan proses pencanaian CNC dengan material aluminium.

RX-78-2 berwarna biru dengan seragam seperti imej robot fiksyen itu pada sisi tangki minyak, termasuk unit fork, swingarm dan spring absober, juga dikenakan tona warna sama. MS-06S CHAR'S ZAKU II pula didominasi cat merah dengan imej robot dilakarkan pada tangki minyak.

BACA >>> Hukuman Memandu Mabuk DIPINDA! Sabit Kematian Akan Dipenjara Minimum 10 Tahun!

Kedua-dua varian menggunakan terotel dan grip hendal merah serta beberapa komponen krom untuk menyerlahkan gaya retro.

Pembeli bakal menerima kotak premium dengan lima barangan istimewa berupa kotak simpanan pelbagai guna, baju sejuk Gundam, pembesar suara Bluetooth, penutup muka, dan replika mini mengikut varian. Harga disyorkan untuk Monkey 125 Gundam Edition ini ialah 129,900 baht (RM17,530).

Monkey gundam 4
Monkey gundam 3
Monkey gundam 2
Monkey gundam 1
Monkey gundam

SUMBER: Kompas

Related

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Monkey, Honda Monkey 125 Gundam Edition, Motosikal Mini, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev