• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #GIIAS2016: Ural - Motosikal Rusia Imbau Semula Retro Perang Dunia

#GIIAS2016: Ural - Motosikal Rusia Imbau Semula Retro Perang Dunia

August 16, 2016 By Han Othman 2 Comments

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ural-sidecar
URAL adalah antara sekian banyak motosikal yang menarik perhatian kami sepanjang berkampung di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) di ICE-BSD-City dekat Jakarta. Berasal dari Rusia, motosikal kategori sidecar ini dimaklumkan akan mula dipasang di Indonesia menjelang tahun hadapan. Jadi buat masa sekarang, motosikal yang dijual di republik tersebut ketika ini ialah model yang diimport sepenuhnya.

Di Indonesia, empat varian Ural dibawa masuk, iaitu cT, Gear-Up, Patrol dan M70 yang cuma berbeza dari segi aksesori dan rupa, sebaliknya menawarkan spesifikasi enjin sama (baca spesifikasi di bawah). Menarik tentang enjin OHV (overhead valve engine) jenis boxer buatan BMW ini ialah injap ditempatkan di atas kepala silinder, membuatkan cara ia bekerja lebih baik berbanding enjin kepala rata, di mana injap diletakkan dalam blok bersebelahan piston.

Kuasa dihasilkan enjin Ural berkapasiti 750cc ini mampu mencapai 41hp dengan tork 57Nm, bersama kotak gear manual berserta gear undur. Harga jualan di Indonesia bagi model URAL cT ialah Rp345 juta (RM104,600), manakala M70, Gear-Up dan Patrol berharga Rp395 juta (RM119,800). Sempena GIIAS 2016, pengedar Ural di Indonesia, PT Hobby Motor menawarkan diskaun sebanyak Rp20 juta (RM6,100) kepada bakal pembeli yang berminat.

Tetapi, jangan pula tidak tahu, Ural sebenarnya sudah pun berada di Malaysia, diimport oleh Reed Motorcycle Company yang berlokasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Barisan pertama motosikal itu khabarnya sudah pun dijual sejak Mac lalu.

SPESIFIKASI

URAL
SESARAN: 749cc
ENJIN 2 Silinder 4-Lejang OHV Penyejukan Udara
SISTEM BAHAN API EFI: Suntikan Bahan Api Elektronik (Jet Elektro)
TRANSMISI Manual (4 depan, 1 undur)
KUASA 41hp @ 5,500rpm
TORK 57Nm @ 4,300rpm
SUSPENSI (depan) Fork tautan depan IMZ (leading link fork) & 40mm Marzocchi (M70); (belakang) Lengan ayun dwimuka (double sided swing-arm) dengan 2 absorber hidraulik Sachs dan 5x pelarasan; (kereta sisi) Lengan ayun sebelah (single sided swing-arm) dengan absorber hidraulik Sachs dan 5x pelarasan.
BREK (depan) Kaliper Brembo Tetap 4-Piston dengan 295mm rotor NG apung (floating NG Rotor); (belakang) Piston Tunggal Bersepadu HB Big Bore, kaliper apung (floating caliper) dengan 256mm rotor NG tetap; (kereta sisi) Kaliper Brembo tetap 2-Piston dengan 245mm rotor NG apung.
TAYAR (cT) Eidenau 4.0x18; (Gear-Up & Patrol) Duro 4.0x19; (M70) Eidenau 4.0x18

GALERI

Related

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Gaikindo Indonesia International Auto Show 2016, GIIAS 2016, motosikal perang, motosikal Rusia, Pameran Permotoran Antarabangsa Indonesia Gaikindo, roda2, Ural

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my