• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Yamaha XMAX Sudah Boleh Pasang Ekzos Yoshimura Tahun Depan, Harga RM2.4k

Yamaha XMAX Sudah Boleh Pasang Ekzos Yoshimura Tahun Depan, Harga RM2.4k

December 2, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMILIK Yamaha XMAX (2018-2020) kini boleh mendapatkan ekzos aftermarket Yoshimura GP-MAGNUM 115 Cyclone yang bakal diperkenalkan penghujung Mac tahun depan.

Unit mufler dengan silenser bulat itu menghasilkan karakter kelajuan kuasa medium dan rendah, termasuk fiil pecutan lancar. Malah, 47 peratus lebih ringan daripada ekzos asal.

Unit ekzos Yoshimura GP-MAGNUM 115 Cyclone didatangkan dalam tiga pilihan varian, iaitu:

  • Keluli Tahan Karat (4kg) - 63,000 yen (RM2,460)
  • Kemasan Satin (4kg) - 65,000 yen (RM2,540)
  • Titanium Biru (3.8kg) - 73,000 yen (RM2,850)

GP-MAGNUM115 ialah silenser bulat yang direka terperinci untuk gaya sporty yang menumpukan kedudukan dan sudut silenser. Dari segi prestasi, ekzos ini menghasilkan kuasa dan tork pada halaju rendah dan sederhana.

Ia juga lebih lancar pada awal bukaan terotel dan fiil tunggangan lebih seronok pada halaju sederhana hingga tinggi. Berat ekzos dengan penutup titanium biru pula 3.8kg yang lebih ringan 47 peratus daripada unit standard (7.2kg).

Ekzos itu menghasilkan deruman sekitar 86dB pada ligatan 3,500rpm, dan 81dB ketika memecut. Setiap pembelian Yoshimura GP-MAGNUM1 15 Cyclone didatangkan dengan waranti dua tahun.

BACA >>> Yamaha NMAX Petronas SRT Edition Muncul di Jakarta, Harga RM10.8k!
BACA >>> #Videotomotif: Inilah Ngauman Ekzos Kawasaki Ninja ZX-25R dari Litar Sentul Indonesia!

Yamaha XMAX ekzos Yoshimura_1
Yamaha XMAX ekzos Yoshimura_3
Yamaha XMAX ekzos Yoshimura_4
Yamaha XMAX ekzos Yoshimura_5
Yamaha XMAX ekzos Yoshimura_2

SUMBER: BikesBros

Related

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, ekzos, ekzos aftermarket, skuter maksi, Yamaha, Yamaha XMAX, Yamaha XMAX Maxi Signature, yoshimura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev