• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Elak Sentuhan Fizikal Cegah Covid-19, Tata Motors Serah Kereta dalam Belon Plastik

Elak Sentuhan Fizikal Cegah Covid-19, Tata Motors Serah Kereta dalam Belon Plastik

December 1, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

442
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TATA Motors memperkenalkan pendekatan baharu serba unik dalam urusan jual beli kenderaan yang mungkin boleh menjadi contoh kepada pengeluar automotif lain.

Pengeluar automotif dari India itu meletakkan kenderaan dalam bungkusan plastik khas dipanggil gelembung keselamatan (safety bubble) sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Tata Motors menndakwa inisiatif itu dilakukan untuk meningkatkan perlindungan kenderaan daripada bakteria atau virus. Malah, sebelum penyerahan dibuat, kenderaan akan disanitasikan sebagai langkah keselamatan memandangkan pandemik Covid-19 masih berleluasa.

Tujuannya, mengurangkan sentuhan fizikal pada kenderaan sebelum pelanggan tiba dan membawa pulang kereta mereka. Khabarnya, konsep itu akan diperkenalkan kepada pengedar Tata lain dalam masa terdekat.

Sebenarnya, Tata Motors terlebih dulu memperkenalkan program sanitasi kenderaan sebelum menambah baik dengan pengenalan Safety Bubble bermula awal bulan lalu.

Tata Motors juga merancang memperkenalkan model baharu seperti hatchcback Altroz Turbo dan kenderaan utiliti sukan (SUV), Gravitas dan HBX, tahun depan.

Apakah Safety Bubble Tata?

Safety Bubble ialah bungkusan belon plastik dengan bahagian dinding jenis lut cahaya yang diperkenalkan menerusi program Sanitised by Tata Motors pada Ogos 2020.

Inisiatif itu membabitkan pembersihan teliti dan sanitasi kenderaan selain mahu mengurangkan sentuhan fizikal sehingga pelanggan tiba untuk memandu pulang kenderaan mereka.

SUMBER: AutoCar India | Tata Motors | Tata Motors 1

Related

442
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Roda4, Tata Motors

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my