• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Lihatlah Cara Proton X50 Masuk Parkir Sendiri, Semudah Tekan Satu Butang Sahaja

Lihatlah Cara Proton X50 Masuk Parkir Sendiri, Semudah Tekan Satu Butang Sahaja

November 29, 2020 By Han Othman Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM Bantuan Parkir Automatik (APA) adalah antara ciri premium baharu yang dibekalkan pada Proton X50 1.5 TGDi Flagship, iaitu varian paling premium dalam barisan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kedua jenama nasional itu.

Sebenarnya sistem seperti APA sudah ada lebih sedekad lalu yang asalnya menjadi ciri kereta mewah seperti Lexus, Mercede-Benz, BMW dan Audi. Kini banyak jenama automotif bukan mewah lain pula sudah mula melengkapkan model masing-masing dengan ciri ini. Namun, masih terhad kepada segmen atasan atau varian premium.

BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020

Di Malaysia, misalnya, X50 ialah satu-satunya SUV segmen-B yang dibekalkan teknologi parkir automatik dan tiada pada pesaing lain dalam kelas sama seperti Hopnda HR-V, Mazda CX-3 dan Toyota C-HR.

BACA >>> Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?

Cara menggunakan APA juga tidak sukar dan mudah difahami. Ikut saja langkah demi langkah di bawah ini:

  • Tekan butang APA pada konsol gear.
  • Lihat paparan tertera pada skrin infotainment dan pilih cara parkir yang mahu dibuat sama ada mahu masuk menegak (vertical) atau selari (parallel).
  • Beri signal belok sama ada mahu masuk parkir sebelah kiri atau kanan.

  • Pandu macam biasa. Sistem APA akan bantu mengesan petak parkir yang kosong. Jika ada, bunyi amaran akan berbunyi  berserta paparan notifikasi pada panel meter supaya anda menekan brek.
  • Tekan brek dan pada masa sama tekan butang APA. Kemudian lepaskan pedal brek anda.

  • Sistem APA akan mengambil alih tugas memasukkan kereta ke dalam petak parkir. Tak perlu tekan minyak dan tak perlu tekan brek. Tunggu saja paparan dan bunyi notifikasi keluar apabila sistem selesai melakukan kerja memarkir kereta.
  • Selesai parkir, lepaskan butang APA.
  • Boleh rujuk video dalam ciapan Twitter kami di bawah ini. Ataupun layari saja video YouTube kami di atas. Mudahkan? 😊

Proton X50 boleh parking sendiri gaisss !!! pic.twitter.com/5L2sUIYrbx

— PanduLaju (@pandulaju) October 1, 2020

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: APA, Bantuan Parkir Automatik (APA), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton X50, Proton X50 1.5 TGDI Flagship, Roda4, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak, teknologi kereta, Teknologi Parkir Sendiri, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev