• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Ninja ZX-25R Umum Harga Pasaran Vietnam, RM33.4k untuk Varian SE Sahaja

Kawasaki Ninja ZX-25R Umum Harga Pasaran Vietnam, RM33.4k untuk Varian SE Sahaja

November 26, 2020 By Aryon Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Motor Vietnam mengumumkan harga untuk sportbike sensasi Ninja ZX-25R (2021), iaitu berharga 189,000,000 dong (RM33,430), tidak termasuk bayaran nombor plat dan pendaftaran.

BACA >>> Stok Terhad, Tempahan Berduyun, Kawasaki Ninja ZX-25R Terpakai Cecah RM42k!

Ninja ZX-25R yang dibawa masuk ialah varian SE, iaitu paling premium dalam dua seragam, KRT dan merah-hitam. Sportbike 4-silinder 250cc itu, yang kali pertama ditayangkan di Vietnam pada 18 September lalu, kini mula diagihkan ke wakil pengedar seluruh Vietnam.

Ninja ZX-25R memiliki dimensi 1,980mm panjang, 750mm lebar dan 1,110mm tinggi, manakala berat 184kg. Posisi pelana yang tidak terlalu tinggi (785mm), membolehkan sportbike ini sesuai ditunggang mereka yang memiliki ketinggian antara 165sm (foto atas kiri) dan 170sm (foto atas kanan).

Kedua-dua varian, Standard dan SE, dijana enjin 4-lejang 4-silinder 249cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 50hp @ 7,500rpm dan tork 22.9Nm @ 7,500rpm.

BACA >>> Jepun Bangunkan Kit Talaan Kawasaki Ninja ZX-25R, Tawar Kuasa Lebih 49hp!

Bagaimanapun, dalam beberapa siri ujian DynoJet, kapasiti sebenar Ninja ZX-25R cuma mencapai angka 42hp pada had rev 1,700rpm. Ciri lain ialah frem trellis, teknologi throttle-by-wire yang disepadukan mod tunggang, sistem suspensi dengan fork terbalik (USD) SFF-BP di depan dan monoshock Horizontal Back-Link.

Sistem brek jenis cakera untuk roda depan dan belakang. Tidak seperti Standard, varian SE ditambah ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?

SUMBER: MotoSaigon

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Harga Kawasaki Ninja ZX-25R Vietnam, Kawasaki, Kawasaki Motor Vietnam, roda2, sportbike, Sportbike 4-Silinder

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my