• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Tentang Sejarah Kerusi Kanak-Kanak yang Anda Perlu Tahu

#RetroAuto: Tentang Sejarah Kerusi Kanak-Kanak yang Anda Perlu Tahu

December 11, 2020 By Azizi H Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARI ini, urusan memilih kerusi keselamatan kanak-kanak atau kerusi kanak-kanak (juga disebut child seat, car seat atau child safety seat) bukan lagi perkara sukar. Terdapat pelbagai jenama dan jenis produk boleh dibeli di pasaran mengikut usia dan saiz si kecil.

Malah, ibu bapa moden masa kini sudah boleh membeli kerusi kanak-kanak mengikut kemampuan bajet. Produk murah tidak semestinya tidak bagus. Asalkan menepati piawai keselamatan, itu sebenarnya sudah memadai. Lagipun tidak salah sesekali kita berbelanja besar untuk keselamatan orang tersayang.

Sebenarnya, pilihan kerusi kanak-kanak sudah berkembang pesat sejak awal abad ke-21. Pernahkah anda terfikir bagaimanakah rupa produk dulu? Berbanding kerusi kanak-kanak hari ini yang lebih canggih dan selamat, produk awak dulu sangat berisiko tinggi kerana tiada sistem keselamatan seperti tali keledar 3-poin, ISOFIX dan pautan atas (top-tether).

BACA >>> 6 Barang Wajib Ada Bersama Kerusi Kereta Bayi
BACA >>> 6 Tip Pilih Kerusi Bayi yang Baik untuk Kereta Anda?

Artikel terbaharu ini kami kongsikan sejarah perkembangan penciptaan kerusi kanak-kanak.

  • Ciptaan kerusi kanak-kanak bermula seawal 1930-an, kira-kira tiga dekad selepas tercetus industri automobil pada 1900-an.
  • Tujuan asal kerusi kanak-kanak dalam kereta adalah meninggikan posisi duduk (sebab itu dinamakan car seat) supaya si kecil dapat melihat luar tingkap, dan bukan untuk keselamatan.

Kerusi kanak-kanak Bunny Bear Company

  • Kerusi kanak-kanak awal tiada fungsi keledar atau penahan (child restraint system aka CRS), cuma untuk duduk saja.
  • Kerusi kanak-kanak dengan sistem penahan seperti tali keledar cuma diperkenalkan pada 1933, dicipta syarikat Bunny Bear Company, tetapi masih tanpa ciri keselamatan. Ia dihasilkan untuk menggalakkan penumpang kanak-kanak duduk bagi memudahkan ibu bapa mengawasi anak-anak mereka di tempat duduk belakang.
  • Pada 1940-an, kerusi kanak-kanak masih menumpukan tujuan sama, iaitu membantu anak kecil melihat luar kereta.
  • Bagi mencapai misi itu, kerusi kanak-kanak khas dicipta dalam bentuk boleh diikat pada kerusi depan. Rekabentuk itu memiliki frem logam dan kerusi kanvas yang mana kanak-kanak menghadap ke depan dan boleh nampak cermin depan.

Pereka AS, Len Rivkin menghasilkan kerusi frem logam dengan tali keledar.

  • Bermula 1960-an, industri kerusi kanak-kanak mula mengutamakan keselamatan. Pada 1962, pereka Amerika Syarikat (AS), Len Rivkin memperkenalkan kerusi frem logam dengan tali keledar.
  • Pada tahun sama, pereka British, Jean Ames menghasilkan kerusi kanak-kanak hadap-belakang dengan tali keledar bentuk-Y yang menjadi asas kepada rekabentuk produk kerusi kanak-kanak CRS hari ini.

Kerusi kanak-kanak 'Tot Guard' buatan Ford (kiri), dan 'Love Seat' GM.

  • Pada 1968, Ford Motor Company memperkenalkan  'Tot Guard', iaitu kerusi plastik dengan pad di depan muka kanak-kanak yang berfungsi sebagai kusyen apabila berlaku impak.
  • Tidak lama kemdudian, General Motors (GM) pula muncul melancarkan kerusi 'Love Seats', yang berbeza untuk kanak-kanak dan bayi. Menggunakan bahan polipropilena (polypropylene) yang dipad busa uretana (urethane), produk buatan GM ini lebih ringan dan mudah alih.

  • Pada 1971, standard keselamatan pertama untuk kerusi kanak-kanak diperkenalkan menerusi Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya Nasional (NHTSA) yang mensyaratkan semua kerusi menggunakan tali keledar 3-poin, termasuk abah-abah (harness) supaya kanak-kanak kekal selamat di kerusi. Bagaimanapun, ujian perlanggaran tidak diwajibkan.
  • Pada 1979, Tennessee menjadi negeri pertama AS meluluskan undang-undang kerusi kanak-kanak. Kemudian pada 1985, semua negeri di AS mewajibkan penggunaan kerusi kanak-kanak untuk peringkat umur tertentu.
  • Pada 1995, sistem LATCH diperkenalkan (singkatan kepada Lower, Anchors & Tethers for Children), terdiri daripada pautan bawah (lower anchor) dan penambat atas (top tether) untuk menambah baik kestabilan kerusi kanak-kanak jika berlaku perlanggaran.

Kerusi kanak-kanak hari ini jauh lebih selamat berbanding produk terdahulu yang direka spesifik mengikut usia dan berat serta didatangkan bersama tarikh luput.

Kerusi kanak-kanak moden juga kini menjadi sebahagian komponen wajib dalam ujian perlanggaran bagi menguji tahap keselamatan kenderaan dan produk berkenaan. Malah, beberapa pengeluar mengambil inisiatif menawarkan ciri pengingat kerusi belakang (rear seat reminder) untuk mengingatkan pemandu mengenai kondisi penumpang belakang, terutama kanak-kanak.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Betul Pilih, Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS)

Jom kita tonton video infografik tentang sejarah kerusi kanak-kanak di bawah ini:

SUMBER: TheNewsWheel | ABC11EyewitnessNews | TSZuska | WhatToExpect |  |

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: car seat, Child Safety Seat, child seat, Jean Ames, Kerusi kanak-kanak, Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak, Len Rivkin, Retro Auto, Sejarah Kerusi Kanak-Kanak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my