• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Rebel 1100 (2021) Debut dengan Opsyen Transmisi Manual, DCT

Honda Rebel 1100 (2021) Debut dengan Opsyen Transmisi Manual, DCT

November 27, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

498
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA baru saja melakukan debut global Rebel 1100 (2021) serba baharu dengan menggunakan enjin 1,048cc Parallel-Twin 270º yang diambil daripada Africa Twin, dan ditawarkan dalam pilihan transmisi klac manual 6-kelajuan atau dual-klac (DCT).

BACA >>> Honda Rebel (2020) Kini di Malaysia dengan Ciri dan Warna Baharu, Harga RM32.9k!

Juga dilengkapkan ciri bantuan tunggangan elektronik, seperti kawalan tork Honda Selectable Torque Control (HSTC), Kawalan Wheelie 3-tetapan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Jelajah, kawalan terotel elektronik Throttle-by-Wire dan empat mod tunggangan (Standard, Rain, Sport dan boleh kustom).

Gaya Rebel 1100 (2021) tidak jauh berbeza dengan Rebel 500. Cuma model abang ini lebih panjang dan lebar dengan rim depan lebih besar, 18 inci di depan dan 16 inci di belakang. Sistem henti menggunakan brek cakera 330mm di depan dan 256mm di belakang.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan absorber Showa di belakang, manakala pilihan warna ada dua, iaitu Metallic Black (hitam) dan Bordeaux Red Metallic (merah) yang ditawarkan bersama aksesori seperti fairing kepala batwing, beg pelana dan pelana berbeza.

Atas kertas, Rebel 1100 (2021) akan bersaing dengan Harley-Davidson Iron 1200.

BACA >>> Honda Rebel (2020) Kini di Malaysia dengan Ciri dan Warna Baharu, Harga RM32.9k!
BACA >>> #TahukahAnda: Betul Ke Produk Brembo Mahal Sangat?

honda-rebel-1100-2021-1
honda-rebel-1100-2021-3
honda-rebel-1100-2021-4
honda-rebel-1100-2021-2
honda-rebel-1100-2021-7
honda-rebel-1100-2021-10
honda-rebel-1100-2021-12
honda-rebel-1100-2021-6
honda-rebel-1100-2021-11
honda-rebel-1100-2021-5
honda-rebel-1100-2021-13
honda-rebel-1100-2021-15
honda-rebel-1100-2021-9
honda-rebel-1100-2021-8
honda-rebel-1100-2021-14

Related

498
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, Honda, Honda Rebel 1100 (2021), roda2

Comments

  1. Lui Poh Yong says

    April 9, 2021 at 7:05 PM

    Bila dijadualkan datang me Malaysia?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev