• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki ZX-10R, ZX-10RR (2021) Lancar dengan Gaya, Ciri dan Bantuan Elektronik Baharu

Kawasaki ZX-10R, ZX-10RR (2021) Lancar dengan Gaya, Ciri dan Bantuan Elektronik Baharu

November 25, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI baru saja membuka selimut dua model prestasi tinggi Ninja ZX-10R dan ZX-10RR edisi 2021 yang dilengkapkan ciri dan elektronik baharu dengan gaya diperbaharui.

Rekabentuk depan lebih bersegi, diilhamkan daripada Ninja H2 yang kini nampak radikal dan pasti mengundang perhatian ramai.

BACA >>> 12 Fakta Menarik Tentang Kawasaki Ninja H2R yang Perlu Anda Tahu

i) KAWASAKI NINJA ZX-10R (2021)

Ninja ZX-10R (2021) baharu kini mendapat unit lampu utama LED bagi menggantikan unit konvensional terdahulu. Ini termasuk peg kaki lebih tinggi 5mm dan visor 40mm tinggi untuk sudut pandang lebih baik. Lagi, Kawasaki juga melengkapkan superbike ini dengan winglet pada kowl untuk mendapatkan 17 peratus daya mendap (downforce) lebih baik.

BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!

Ciri lain terdiri daripada kluster instrumen TFT 4.3-inci warna penuh baharu yang serasi Bluetooth, tiga mod tunggangan (Sport, Road dan Rain) bersama empat mod boleh kustom, kawalan jelajah elektronik (ACC), kawalan traksi 5-tahap, kawalan luncur, ABS Selekoh dan kawalan brek enjin (EBC).

Kemas kini sistem brek adalah minor, seperti pad brek baharu dengan tabung brek belakang yang diposisikan semula. Sistem suspensi BFF (Balance Free Fork) Showa yang dimuatkan pada apit triple bawah (lower triple clamp) dan ditala untuk spring lebih rendah bagi mendapatkan lantunan lembut dan redaman lebih rigid.

Ninja ZX-10R (2021) ditawarkan dalam Metallic Spark Black dengan Metallic Matte Carbon Grey (hitam-kelabu) dan seragam KRT.

ii) KAWASAKI NINJA ZX-10RR (2021)

Ninja ZX-10R (2021) pula dijana enjin sama, 4-silinder sebaris 998cc berkuasa 200hp @ 13,200rpm dan tork 114Nm @ 11,400rpm. Kawasaki turut merombak baharu sistem penyejuk, sistem ekzos, injap terotel elektronik dan nisbah gear.

Model ini lebih menumpukan aspek prestasi yang diperoleh menerusi aci sesondol (camshaft) dikemas kini, ambilan dan spring injap ekzos baharu, dan rod penyambung titanium untuk had ligatan (rev) lebih tinggi.

Versi RR ini turut menerima rim tuang Marchesini yang dibalut tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP, dan hanya tersedia dalam warna ikonik kawasaki, Lime Green (hijau).

BACA >>> Finja 500 - Lagi Sportbike Ciplak Buatan China, Kawasaki Ninja ZX-10R Pula Jadi Mangsa

kawasaki-ninja-zx10r-2021-10
kawasaki-ninja-zx10r-2021-6
kawasaki-ninja-zx10r-2021-1
kawasaki-ninja-zx10r-2021-7
kawasaki-ninja-zx10r-2021-3
kawasaki-ninja-zx10r-2021-2
kawasaki-ninja-zx10r-2021-17
kawasaki-ninja-zx10r-2021-16
kawasaki-ninja-zx10r-2021-11
kawasaki-ninja-zx10r-2021-20
kawasaki-ninja-zx10r-2021-15
kawasaki-ninja-zx10r-2021-9
kawasaki-ninja-zx10r-2021-21
kawasaki-ninja-zx10rr-2021-4
kawasaki-ninja-zx10r-2021-4
kawasaki-ninja-zx10r-2021-19
kawasaki-ninja-zx10r-2021-5
kawasaki-ninja-zx10r-2021-12
kawasaki-ninja-zx10r-2021-18
kawasaki-ninja-zx10r-vs-zx10rr-2021
kawasaki-ninja-zx10rr-2021-1
kawasaki-ninja-zx10rr-2021-3
kawasaki-ninja-zx10rr-2021-2
kawasaki-ninja-zx10r-2021-14

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Ninja ZX-10R, Kawasaki Ninja ZX-10R (2021), Kawasaki Ninja ZX-10RR (2021), roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev