• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Bocor Imej Lakaran Rupa Honda Civic (2021) Serba Baharu

#Spyshot: Bocor Imej Lakaran Rupa Honda Civic (2021) Serba Baharu

November 18, 2020 By Azhan O Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK sampai beberapa hari HONDA menyiarkan video acah Civic (2021) serba baharu, kini bocor pula imej model itu di media sosial dengan menunjukkan rupa penuh model generasi ke-11 tersebut yang sudah pun mencecah usia ke-49 tahun.

Imej lakaran janaan komputer (CG) itu menunjukkan rekabentuk seperti mana didedahkan video acah sebelum ini. Perubahan paling ketara, rupa depan dan belakang berbeza sepenuhnya berbanding model terdahulu yang terkenal dengan  julukan 'Civic Ketam'.

Rekabentuk Civic (2021) serba baharu masih slik seperti dulu, cuma bonet lebih maskular dengan lampu utama dan gril direka baharu lebih minimalis. Lampu siang (DRL) kelihatan lebih menonjol yang mampu menyerlah visual sedan ini dari jauh.

Namun, paling banyak berubah ialah rupa belakang. Tiada lagi lampu 'sepit ketam', sebaliknya digantikan rekabentuk lebih lembut, ringkas dan slik. Sama seperti lampu utama, strip LED bentuk 'L' turut menjadi gaya khas lampu belakang. Bentuk pilar-C masih dalam gaya fastback yang mengingatkan kita kepada model si abang Accord.

Apapun, jika mengambil kira persamaan dengan imej video acah dulu, ini sebenarnya cuma versi prototaip dan rekabentuk sebenar model pengeluaran semestinya akan menampilkan beberapa perubahan lain.

Rekabentuk papan pemuka Civic (2021) serba baharu juga berubah dengan mengetengahkan konsep horizontal seperti biasa dilihat pada kabin Mazda. Unit infotainment jenis apung kini tersergam besar, dijangka bersaiz 8-9 inci di konsol tengah, manakala rekaan stereng lebih bulat.

Ventilator penyaman udara dengan gril sarang lebar (hoenycomb) disusun sebaris dengan panel horizontal papan pemuka. Memang unik dan menarik!

Menurut sumber dari Kilang Honda Pagoh, ada satu unit Civic (2021) sudah siap sedia diuji di jalan raya Malaysia.

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev