• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Viva Terkunci Sendiri, Bayi 3 Bulan Terperangkap

Viva Terkunci Sendiri, Bayi 3 Bulan Terperangkap

November 17, 2020 By Azizi H Leave a Comment

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG bayi perempuan tiga bulan terperangkap kira-kira 10 minit selepas kereta ditinggalkan ibunya tiba-tiba terkunci sendiri.

Insiden berlaku di kediaman mangsa di Taman Kota Puteri, Pasir Gudang, Johor apabila pihak Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang menerima panggilan kecemasan pada jam kira-kira 9.34 malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Pegawai Bomba Kanan II Mohd Yusri Atan berkata, sembilan anggota dan sebuah jentera digesa ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Menurutnya, ketika bomba tiba, seorang bayi perempuan didapati terperangkap dalam Perodua Viva sebelum kereta itu dibuka menggunakan peralatan khas.

Ibu mangsa dikatakan mengeluarkan barangan untuk dibawa masuk ke dalam rumah, manakala anaknya itu ditinggalkan dalam kereta sebelum keretanya itu terkunci sendiri. Mangsa akhirnya  selamat dikeluarkan dalam masa lebih kurang lima minit dan operasi ditamatkan jam 9.53 malam.

BACA >>> Tip Elak Tertinggal Anak dalam Kereta, Campak Kasut ke Kerusi Belakang
BACA >>> #ApaNakBuat: Waze Ada Fungsi untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta

SUMBER: SinarHarian

Related

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Autolock, Bayi Terkunci dalam Kereta, kemalangan, Perodua Viva

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my