• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford F-150 (2021) Tawar Ciri Kerusi Depan Boleh Baring Rata!

Ford F-150 (2021) Tawar Ciri Kerusi Depan Boleh Baring Rata!

November 19, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

987
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD F-150 (2021) akan menawarkan cara baru buat pelanggan untuk berehat dalam trak pikap itu, iaitu menerusi ciri eksklusif Kerusi Rebah Max (Max Recline Seats).

Teknologi ini mempunyai lima paten dan akan ditawarkan pada trak pikap King Ranch, Platinum dan Limited F-150 bermula 2021. Kerusi pada semua trak itu boleh direbahkan rata hingga hampir 180º, dan uniknya disediakan sokongan pada pinggang dan leher.

Jurutera Rekabentuk Kerusi, Ben Kulhawik berkata;

Kerusi Rebah Max serba baharu pada F-150 diilhamkan daripada tilam boleh laras anda lihat di TV yang membantu pelanggan kami lebih selesa ketika berehat dalam kabin.

"Pengguna F-150 sentiasa berada atas jalan atau tapak kerja, peluang berehat dengan melelapkan mata beberapa minit ialah bonus bagi produktiviti harian."

Ketika pembangunan, Ford meluangkan masa berbulan-bulan untuk mengkaji cara pengguna menggunakan ruang kabin trak pikap untuk berehat.

Eksekutif Barisan Pengeluaran Trak Pikap Ford, Jackie DiMarco berkata, kajian dilakukan mendapati mereka yang bekerja di tapak pembinaan dan lombong menggunakan kabin trak pikap mereka untuk melelapkan mata ketika waktu rehat.

Ia dilakukan pemilik setiap hari. Apabila saya ambil anak perempuan saya ke perlawanan hoki, pada sela permainan, salah seorang akan tidur di kerusi belakang, dan seorang lagi atas lantai trak saya, dan ini menguatkan lagi idea tersebut. Kami perlu atasinya," katanya.

Apabila selesai merekabentuk, Ford menggabungkan kerusi itu dengan sistem yang menawarkan ciri tidur yang selesa. Keseluruhan kerusi berfungsi menerusi mekanisme yang menaikkan 3.5 inci hujung bahagian duduk punggung ketika merebahkan kerusi untuk mendapatkan permukaan rata.

Posisi tersebut dapat menyokong bahagian pinggang, manakala penyandar boleh digerakkan ke depan untuk sokongan leher.

Kulhawik berkata lagi;

Tiada motor tambahan pada kerusi ini, cuma mekanisme ringkas yang bergantung kepada cara pelanggan menggerakkan kerusi menggunakan fungsi kuasa rebah. Ia ringkas, efektif dan kami yakin pelanggan akan suka dengan tahap produktif mereka hanya dengan mendapatkan sedikit lelap ketika masa rehat."

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Betul Pilih, Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS)
BACA >>> Nissan Titan (2020) Facelift Lancar di Texas, Bakal Saingi Ford F-150, Toyota Tundra

B

SUMBER: CarScoops

Related

987
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ford F-150 (2021), Roda4, Roda4-Volkswagen, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev