• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Speedra Perkenal Komponen Gentian Kering Suzuki GSX-R1000R

Speedra Perkenal Komponen Gentian Kering Suzuki GSX-R1000R

November 23, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA penunggang lebih selesa mengekalkan rupa standard motosikal walaupun menggunakan aksesori atau komponen aftermarket untuk menaik taraf jentera mereka.

Speedra SSK adalah antara jenama yang menghasilkan aksesori dan komponen motosikal berkualiti dan berharga berpatutan berasaskan material karbon kering (dry carbon). Misalnya, produk khas GSX-R1000R baharu ini yang baru saja dilancarkan .

BACA >>> Suzuki Lancar GSX-R1000R 100th Anniversary, 100 Unit di UK, Harga RM90.7k

Komponen kustom dihasilkan tanpa mengubah rekabentuk asal. Ada beberapa komponen sportbike 250cc ke atas yang boleh ditukar hanya dengan bolt-on (terus pasang). Malah, kepakaran Speedra SSK dalam karbon kering bakal menjadi standard pembuatan komponen motosikal pada masa akan datang.

Material karbon kering digunakan kerana lebih ringan dan berkekuatan tinggi sebagai pengganti gentian karbon basah (wet carbon). Ia dibuat daripada material impregnat (pre-preg) yang juga digunakan dalam produk pesawat.

Ketepatan acuan penting dalam pembuatan karbon kering kerana dipasangkan secara bolt-on. Sejak peringkat awal, pencetak 3D digunakan bagi menghasilkan prototaip yang menjadi asas acuan. Jadi pengeluar boleh mengubah seberapa banyak acuan diinginkan dengan pantas. Selepas memiliki asas tepat, barulah acuan komponen dibuat.

Jika ada bahagian karbon kering dan karbon basah berbentuk sama, karbon kering sebenarnya jauh lebih ringan dan kuat. Jika mahukan produk karbon kering kustom, maka Speedra jawapannya. Misanya, GSX-R1000R adalah antara jentera yang menggunakan komponen dengan material karbon kering Speedra seperti di bawah:

1. Pad Tangki Minyak

Pad tangki minyak dihasilkan menggunakan cetakan dan tampalan berketepatan tinggi. Ditawarkan dengan pilihan paten sulaman kilat dan kusam, atau kosong kilat dan kusam pada harga 8,000 yen (RM315).

2. Pelindung Tangki Kiri dan Kanan

Berkualiti tinggi dan lebih tahan cuaca. Ditawarkan dengan pilihan sulaman kilat dan kusam, atau kosong berkilat dan kusam pada harga 20,000 yen (RM788).

3.. Penutup Tangki Minyak Speedra

Bukan saja ringan, tetapi juga berkualiti tinggi dan tahan cuaca. Didatangkan dalam empat pilihan permukaan seperti di atas pada harga 25,000 yen (RM985).

4. Fender Depan Speedra

Lebih ringan dan kuat, tetapi juga berkualiti dan tahan cuaca. Harga 24,000 yen (RM950).

5. Bar Hendal Kelas Berat dan Slider Jenis Panjang


Boleh dipasang pada GSX-R1000/R (2017) ke atas. Bar hendal menggabungkan material aloi aluminium kekuatan tinggi (A6061-T6) bersama kemasan warna biru dan slider POM (polioksimetilena) dengan pekali geseran rendah dan berat loyang.

Berat termasuk cagakan (mounting) bolt kira-kira 270g, manakala warna ditawarkan hitam, emas, titanium, merah, biru, dan hijau. Harga 7500 yen (RM300).

6. Frem Slider Type A

Khas dipasangkan pada GSX-R1000/R (2017) ke atas. Dihasilkan menggunakan material aloi aluminium kekuatan tinggi (A6061-T6) dan rekaan slider asli menggunakan POM (polioksimetilena) dengan pekali geseran rendah dan berat loyang.

Meminimumkan kerosakan badan motor jika jautuh. Plat logam ditawarkan dalam lima warna, hitam, titanium, merah, emas dan biru. Slider Type A berharga 15,000 yen (RM590) dan Type B 13,000 yen (RM510).

7. Slider Gandar Depan

Hanya tersedia pada model GSX-R1000/R (2017) ke atas. Badan utama dan penutup hujung dibuat daripada aloi aluminium kekuatan tinggi (A6061-T6) dan POM (polioksimetilena) dengan pekali geseran rendah. Melindungi syaf gandar apabila terjatuh. Ada pilihan warna emas, biru, merah dan titanium pada harga 7,500 yen (RM300).

8. Slider Gandar Belakang

Badan utama dan penutup hujung dibuat daripada aloi aluminium kekuatan tinggi (A6061-T6) dan POM (polioksimetilena) dengan pekali geseran rendah. Melindungi syaf gandar apabila terjatuh dalam pilihan warna emas, biru, merah dan titanium pada harga 7,500 yen (RM300).

9. Pelindung Enjin Kiri dan Kanan

Hanya boleh dipasangkan pada model GSX-R1000/R (2017) ke atas. Menggunakan aloi aluminium kekuatan tinggi (A6061-T6) dan diperkemaskan dengan pilihan warna emas, biru dan titanium. Harga jualan 25,000 yen (RM985).

10. Gad Tuil Kanan

Dibuat menggunakan aloi aluminium berkekuatan tinggi (A6061-T6) dengan kemasan alumit. Bahagian gad dibuat daripada karbon kering yang sangat ringan dan kuat, manakala jarak tuil dapat dilaraskan 3-tetapan.

Ada lapan pilihan warna termasuk hitam, titanium, emas, biru. Bahagian gad ada pilihan sulaman kilat dan kusam. Harga ialah 11,000 yen (RM430).

BACA >>> #RetroAuto: Wira Perkasa Suzuki GSX-R400 dengan Perisai Menentang Kejahatan
BACA >>> Suzuki Lancar GSX-R1000R 100th Anniversary, 100 Unit di UK, Harga RM90.7k
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Ciptaan Penting Dunia Motosikal yang Perlu Anda Tahu (Siri 2)

SUMBER: BikesBros

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Aksesori Aftermarket, gentian karbon, roda2, Speedra SSK, superbike, Suzuki, Suzuki GSX - R1000 R ABS, Suzuki GSX-R1000R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev