• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Ninja 250 (2017) Perkenal Tiga Warna Baharu, Dua Edisi Khas

Kawasaki Ninja 250 (2017) Perkenal Tiga Warna Baharu, Dua Edisi Khas

August 24, 2016 By Admin PanduLaju 2 Comments

623
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

kawasaki-ninja-250-2017-bg
KAWASAKI Heavy Industry (KHI) mengumumkan bakal menghadirkan Kawasaki Ninja 250 2017, di mana tiada perubahan mekanikal dilakukan. Jentera 250cc itu hanya menerima perubahan pada bahagian badan dan satu-satunya kemas kini paling menyerlah ialah warna badan yang menjadikan ia lebih segar.

Sekurang-kurangnya tiga warna baharu ditawarkan, iaitu Metallic Spark Black (hitam), Graphite Grey (kelabu), dan Candy Plasma Blue (biru). Selain itu, grafik pada badan motosikal juga diperbaharui.

Metallic Spark Black
Metallic Spark Black
Candy Plasma Blue
Candy Plasma Blue
Graphite Grey
Graphite Grey

Kawasaki turut menampilkan warna dan grafik baharu bagi Ninja 250 ABS Special Edition dan Ninja 250 KRT Edition 2017. Paduan warna yang tampak lebih tenang dengan sentuhan grafik 'Ninja' seakan memberikan penegasan betapa produk ini adalah antara barisan sportsbike bersejarah taruhan Kawasaki. Malah, kehadiran Ninja terbaharu itu seiring dengan ulang tahun Kawasaki ke-120.

Kawasaki Ninja 250 2017 masih menggunakan enjin DOHC 2-silinder dan penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa 31hp pada 11,000rpm dan tork maksimum 22 Nm (9,000rpm). Dilaporkan , Kawasaki Ninja 250 2017 akan dijual pada harga  ¥553,500 (RM21,857) hingga  ¥620,460 (RM24,501). Tempahan akan dibuka bermula 1 September hadapan.

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition
Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition
Kawasaki Ninja 250 KRT Edition
Kawasaki Ninja 250 KRT Edition

Related

623
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Ninja 250, Kawasaki Ninja 250 2017, roda2

Comments

  1. aznor azqiera says

    July 3, 2017 at 6:53 PM

    sye mmg minat sgt dgn moto kawasaki ninja sejak berumur 11 tahun..kini sye berumur 16 tahun...walaupun sye seorang remaja perempuan tetapi sye mmg mengidamkn dn ingin memiliki moto kawasaki ninja stu hri nanti..sye berhrp sgt...

    Reply
    • m says

      November 29, 2017 at 12:45 PM

      Smoga berjaya

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev