BAGI golongan famili Malaysia, kenderaan pelbagai guna (MPV) ialah jenis kenderaan dicari, terutama mereka yang memiliki anak ramai atau spesifiknya lebih dua orang.
Tetapan asas tempat duduk MPV mampu memuatkan tujuh penumpang, termasuk pemandu pada satu-satu masa. Lagi keistimewaan MPV ialah aspek praktikaliti ditawarkan yang tiada pada kenderaan seperti sedan, iaitu konfigurasi kerusi yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pemandu.
Kerusi atau baris tempat duduk MPV boleh dilaraskan dan dilipat mengikut jumlah penumpang dikehendaki atau memuatkan barangan bersaiz besar dan panjang. Sebab itulah kenderaan jenis ini dinamakan 'pelbagai guna' (multipurpose).
Di pasaran tempatan, walaupun Perodua Aruz diposisikan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV), tetapi model ini menawarkan praktikaliti yang dimiliki MPV.
Menarik mengenai Aruz, model ini bukan saja memberikan penampilan muda, sporty dan lasak, termasuk keselesaan seperti SUV, tetapi turut menawarkan praktikaliti dimiliki MPV seperti tempat duduk hingga 7 dewasa dan konfigurasi kerusi boleh laras.
Pada harga bermula kira-kira RM68,000, adakah Aruz sesuai buat mereka yang tercari-cari model gaya SUV dengan ciri MPV? Apa kata kami bantu anda berikan lima sebab kenapa model Perodua ini sangat berbaloi dibeli.
1. ALAT GANTI CUKUP
Tahukah anda, lebih 90 peratus pengeluaran Aruz menggunakan komponen pemasangan tempatan (CKD)? Maksudnya, kalau kita beli Aruz, memang tiada masalah untuk dapatkan alat ganti dan komponen model ini sama ada untuk tujuan penyenggaraan atau baik pulih. Memang cukup!
2. BERDUA, BERLIMA ATAU BERTUJUH KEKAL SELESA
Dalam mod normal, Aruz mampu memuatkan tujuh penumpang dewasa, termasuk pemandu dengan selesa. Setiap baris tempat duduk terdapat outlet kuasa untuk mengecas telefon pintar. Turut disedikan tiga ventilator penyaman udara boleh laras untuk penumpang belakang yang diletakkan atas siling tempat duduk baris kedua.
3. RUANG BUT LUAS
Ruang but Aruz menawarkan kapasiti standard 213 liter dan boleh dikonfigurasikan mengikut jenis muatan yang hendak diisi. Misalnya, jika penumpang cuma lima orang atau kurang, barisan ketiga tempat duduk boleh dilipat untuk mendapatkan ekstra ruang but hingga 514 liter.
Anda boleh memilih konfigurasi kerusi mod Sport jika mahu bawa muatan besar seperti basikal. Ataupun pilih mod Leisure jika mahu mengisi muatan riadah seperti set golf, pek perkhemahan dan alatan pancing. Bagi memuatkan barangan panjang seperti perabot, paip, atau kayu, anda boleh rebahkan kerusi penumpang depan, termasuk kerusi baris kedua dan ketiga.
Memang panjang betul ruang yang ada!
4. JIMAT MINYAK
Atas kertas, Aruz menawarkan penjimatan bahan api pada kadar 15.6km per liter dengan sistem Eco-Idle untuk isian petrol penuh 45 liter. Sebagai SUV 7-kerusi, tahap penggunaan minyak ditawarkan boleh dikatakan memang terbaik!
5. CIRI MODEN, HARGA BERBALOI
Aruz ditawar dalam dua varian pada harga (atas jalan, tanpa insurans, Semenanjung Malaysia) seperti berikut:
- 1.5 X - RM68,526
- 1.5 AV - RM73,226
Kedua-duanya varian dijana enjin 4-silinder 1.5L 2NR-VE DOHC dengan Dual-VVT-i berkuasa 101hp @ 6,000rpm dan tork 133Nm @ 4,200rpm, manakala transmisi jenis automatik 4E-AT.
Ciri standard Aruz ialah rim aloi 17 inci dan tayar 215/60 R17, lampu susur balik follow-me-home, lampu belakang kombi LED, spoiler, cermin sisi elektrik, entri pintar dan punat tekan mula (push-start), pembaca tol, 6 pembesar suara, 2 palam USB, 2 soket 12V, dan penyaman udara digital.
Jika memilih varian 1.5 AV, anda akan dapat tambahan ciri berikut: lampu utama automatik, lampu kabus, rel bumbung, difuser perak, unit infotainment dengan sistem navigasi berserta konektiviti Smart Link (untuk peranti Android) dan HDMI, kemasan kerusi dan tombol gear kemasa kulit, dan panel meter iluminasi putih dengan kemasan krom.
1.5 X memiliki unit infotainmen skrin sentuh biasa dengan Bluetooth, USB dan MP3, kerusi fabrik, dan tombol gear PVC serta tiada ciri dimiliki varian 1.5 AV di atas.
6. CIRI KESELAMATAN LENGKAP
Setiap varian Aruz dilengkapkan ciri keselamatan standard seperti 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Traksi (TC), Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Daki (HSA), kamera undur, dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.
Sebagai makluman, Aruz turut mendapat rating lima bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP.
Dengan tambahan harga kira-kira RM5,000 untuk varian 1.5 AV, kita akan diberikan tambahan teknologi Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) 2.0, dan perakam video digital (DVR) bersepadu. Memang berbaloikan?
Lebih spesial, Perodua turut menawarkan penebusan tunai hingga 30 November ini, iaitu:
- 1.5 X - RM1,500
- 1.5 AV - RM1,300
Norazman says
Penambahbaikan pada engine kepada yg lebih berkuasa, Ianya akan mungkin boleh peningkatan penjualannya di masa akan datang.
hafizi says
mungkin sebab Aruz underpowered dan tak laku, sampai Perodua terpaksa bayar pandulaju untuk iklankan semula Aruz hari ni..so sad..
Lizzie says
Not even 6 months. Annoying betul dengar skru longgar di bhg Air Bag & Pintu Bhg Penumpang. Contact Service Centre, 24 jam sibuk memanjang. Tunggu cue, tunggu cue, tunggu cue!
joe labu says
dont buylah aruz... rupa macam ribut, lari macam sipot
osman says
tunggu "turn" (giliran) maksudnya kan.. Sebab tak tau maksud cue tu.. "Cue" tu maksudnya Isyarat.. Atau pun queue (beratur, aturan)..
Alson P says
Aruz ni spec dah bagus... Rupa pun elok.. features pun ok... Tune up sikit kilasan kepada 220nm-230nm torque confirm aruz Akan mengusai pasaran...
Jangan mimpi la... 🤪
Alson P says
Crossover bajet 7 seater dengan kuasa 102hp sudah cukup bagus... Tetapi 135nm torque sangat underpowered.... Masih banyak ruang perlu dipertingkatkan....