• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Inilah 5 Kereta Paling Berhantu di Dunia

#TahukahAnda: Inilah 5 Kereta Paling Berhantu di Dunia

November 24, 2020 By Azizi H Leave a Comment

309
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KISAH mengenai kewujudan kereta berhantu memang berlaku di banyak negara dunia. Ada pelbagai insiden menyeramkan dilaporkan terjadi yang dikaitkan dengan tragedi pembunuhan atau kematian seseorang individu.

Kereta berhantu kerap dijadikan cerita seram yang berlegar-legar dalam kalangan orang ramai tanpa diketahui kesahihannya. Namun terdapat sejarah yang mendakwa ia benar-benar terjadi suatu masa dulu.

Berikut 5 kereta berhantu dari luar negara yang dibualkan ramai orang  suatu ketika dahulu.

1. LINCOLN CONTINENTAL PRESIDEN JOHN F KENNEDY

John F Kennedy ialah Presiden AS ke-35 yang menjadi mangsa pembunuhan akibat ditembak hingga menembusi tekaknya, dan sekali di kepala. Kennedy dibawa ke Hospital Parkland untuk rawatan perubatan kecemasan dan disahkan meninggal 30 minit kemudian.

Sejak itu, limosin dinaiki Presiden AS itu dikatakan berhantu. Presiden Lyndon Johnson berkata, ruang kabin limosin itu sangat tidak menyenangkan dan akhirnya dipindahkan ke Muzium Henry Ford. Kereta dengan kod nama SS-100-X itu dikatakan kerap dilihat mempunyai bayangan lembaga. Ada juga mendakwa itu hantu Kennedy.

2. KENDERAAN DINAIKI ARCHDUKE FERDINAND

Kennedy bukan satu-satunya pemimpin dibunuh dengan kereta yang disumpah. Archduke Franz Ferdinand ialah pemimpin seterusnya dalam senarai itu.  Beliau dan isterinya dibunuh kumpulan pengganas digelar 'Sandwich-Loving Assassin' ketika dalam kereta Gräf and Stift Double Phaeton (1910). Kematiannya dikatakan menjadi punca berlaku Perang Dunia Pertama.

Kereta itu kemudian digunakan Gabenor Yugoslavia buat sementara waktu. Namun, beliau pula terlibat dalam empat siri kemalangan hingga menyebabkan kehilangan lengan kanan. Malah setiap pemilik baru kereta itu dijumpai menemui ajal dalam keadaan mengerikan.

3. PORSCHE SPYDER MILIK  JAMES DEAN

Kereta berhantu seterusnya, Porsche 550 Spyder milik pelakon AS, James Dean. Beliau, yang digelar Bad Boy memperoleh kereta itu ketika penggambaran Rebel Without A Cause.

Digelar Little Bastard, Dean maut dalam kemalangan ketika memandu tersebut. Apa yang menyeramkan, kemalangan itu sudah dijangka pelakon Star Wars, Alec Guinness yang sebelum itu berkata;

Kalau kau masuk dalam kereta itu, kau akan dijumpai mati minggu depan."

Kematian seterusnya pula menimpa mekanik yang mahu membaik pulih kereta itu, termasuk sesiapa saja cuba mencuri kereta tersebut. Akhirnya. Spyder berkenaan dilaporkan hilang secara misteri.

4. KERETA PEMBUNUH DODGE 330 GOLDEN EAGLE

Jika anda peminat Stephen Hawking, sudah pasti anda tahu buku yang berjudul Christine. Kereta Dodge 330 (1964) dinamakan The Golden Eagle itu ialah versi alam nyata buku tersebut.

Digelar 'most evil car in America', kereta itu asalnya ialah kereta peronda polis. Menurut legenda, semua pegawai polis yang pernah memandu kenderaan itu akan berakhir dengan membunuh ahli keluarga masing-masing sebelum mereka membunuh diri.

Malah, penduduk tempatan yang merosakkan kereta itu juga akan mati dalam kemalangan ngeri. Penyelesaiannya, pihak gereja yang bimbang dengan sumpahan itu bertindak meleraikan kereta berkenaan dan dibuang berasingan. Bagaimanapun, pemilik terbaharu The Golden Eagle tersebut dikatakan mengumpulkaan semula komponen kereta berkenaan kerana sukakan kereta 'iblis' itu.

5. LIMOSIN THE BLACK VOLGA

Jika 'Golden Eagle' kereta paling berhantu di AS, mungkin Black Volga layak mendapat gelaran kereta paling berhantu di dunia.

Limosin hitam itu dikatakan ada kaitan dengan pelbagain insiden daripada konspirasi Komunis hingga kultus ajaran sesat. Terkenal dengan rim putih dan tirai, limosin misteri mula muncul di jajahan Kesatuan Soviet sekitar 1960-1970-an. Kereta penuh kutukan itu dikatakan sering berhenti dan menculik penduduk tempatan, terutama kanak-kanak.

Ada khabar angin mendakwa penculik akan mengambil organ mangsa culik yang akan digunakan dalam ritual darah. Malah ada juga legenda urban mengatakan hantu dalam mitos Jerman, Mephistopheles yang memandu Black Volga!

Tidak kira siapa pun yang memandu, pemandu Black Volga ialah seorang kaya raya kerana memiliki kenderaan termahal di Kesatuan Soviet pada masa itu. Inilah sebab kereta itu disebutkan sebagai paling misteri atau menyeramkan.

SUMBER: TheNewsWheel

Related

309
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Kereta Berhantu, Kereta Paling Berhantu di Dunia, Roda4, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev