• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Motors Berpisah daripada Syarikat Induk KHI

Kawasaki Motors Berpisah daripada Syarikat Induk KHI

November 9, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Motors ialah subsidiari di bawah Kawasaki Heavy Industries (KHI) yang juga salah satu daripada tiga pengeluar industri berat utama Jepun.

Selain produk automotif, KHI turut mengeluarkan barangan lain seperti robot industri, kereta peluru, peralatan aeroangkasa, turbin gas, kapal laut dan lain-lain. Menurut laman rasmi NHK News, KHI bakal melepaskan perniagaan motosikal dan enjin yang kini bergelut masalah kewangan bermula tahun depan sebagai sebahagian penstrukturan semula besar-besaran.

KHI merancang merombak divisyen pembuatan dan jualan motosikal, termasuk divisyen stok guling (rolling stock) yang membangunkan kereta api konvensional dan kereta api peluru menjadi identiti baharu dan berasingan.

Langkah itu diharapkan mampu mempercepatkan keputusan akhir divisyen masing-masing, sekali gus menambah baik situasi kewangan.

Jualan motosikal di pasaran Asean tahun ini merosot teruk akibat wabak Covid-19 dengan kerugian operasi dijangka bernilai 5 bilion yen (RM198 juta) tahun ini. KHI juga sedang mengukuhkan kerjasama intra-industri untuk mematuhi regulasi alam sekitar dan isu-isu lain.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KHI, Hashimoto Yasuhiko berharap jualan motosikal akan terus mengukuhkan jenama Kawasaki dan menghidupkan semula pasaran melalui kerjasama dengan syarikat lain.

Divisyen motosikal akan dipisahkan daripada KHI sebagai entiti bebas. Jadi, Kawasaki Motors bakal memiliki struktur pengurusan terpisah, dan nama baharu, tetapi masih mengekalkan aset, harta intelek dan sumber manusia sama.

Penstrukturan semula itu akan berkuatkuasa tahun depan, lebih tepat lagi pada 1 Oktober. Keputusan KHI itu adalah bagi mencapai arah perniagaan baharu Kawasaki selain menambah kemampuan divisyen motosikal yang berinovasi dalam teknologi dan keselamatan industri dua roda.

Namun, perubahan besar-besaran dijangka berlaku dalam konteks domestik, iaitu di Jepun, manakala operasi rantau lain tidak terjejas kerana tugas dan misi masih tetap sama.

BACA >>> Angka Kuasa Bimota Tesi H2 Didedahkan, Lebih Pantas daripada Kawasaki Ninja H2?
BACA >>> Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Mungkin Jual Produk CBU Sahaja?

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Hashimoto Yasuhiko, Kawasaki, Kawasaki Heavy Industries (KHI), Kawasaki Motors, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev