• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Yaris (2020) Facelift Buka Tempahan, Harga Mula RM72k!

Toyota Yaris (2020) Facelift Buka Tempahan, Harga Mula RM72k!

November 2, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


UMW Toyota Motor memperkenalkan Yaris (2020) versi dipertingkat (facelift) dengan gaya baharu yang dilengkapkan ciri keselamatan dan keselesaan ditambah baik serta capaian sambungan lebih maju.

Tempahan hatchback segmen-B ini juga sudah dibuka bermula hari ini secara atas talian menerusi semua bilik pameran sah Toyota seluruh negara.

BACA >>> UMW Toyota Siar Foto Acah Yaris Baharu! Akan Lancar Bila-Bila Masa?

KEMAS KINI LUARAN

Penampilan Yaris (2020) facelift lebih segar dan agresif menerusi kemas kini pada rekaan bampar depan serba baharu yang kini turut hadir dengan gril aerokit berbeza dan tidak lupa lampu utama 'triple bezel' LED penuh. Malah lampu  kabus di kedudukan baharu pada bampar.

Sentuhan sama dapat dilihat pada model Toyota lain, seperti Corolla serba baharu dan Camry. Sebagai tambahan, lampu utama itu turut dilengkapi lampu susur follow-me-home. Ada tiga varian ditawarkan iaitu J, E dan G.

CIRI KESELAMATAN TOYOTA SAFETY SENSE (TSS)

Yaris (2020) facelift dilengkapi teknologi bantuan pemandu termaju Toyota Safety Sense (TSS), terdiri daripada Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dengan sistem kamera dan radar bersepadu, untuk membantu mengurangkan risiko perlanggaran kereta depan.

Sistem itu, yang aktif dalam kelajuan bermula 15kmj, akan memaklumkan pemandu jika sensor mengesan kenderaan lain dalam jarak perlanggaran sebelum bertindak memperlahankan kenderaan sebagai sokongan tambahan.

Amaran Tukar Lorong (LDA) pula berfungsi mengelakkan kenderaan tertukar lorong secara tidak sengaja dengan mengeluarkan amaran pada paparan multi-info (MID) dan dalam bentuk bunyi. Ciri itu juga berfungsi dalam kelajuan 50kmj ke atas dan boleh dinyah aktif.

Selain itu, Pemantau Pandangan Panoramik (PVM) 360º tiga dimensi (3D) pula memberikan penglihatan sekeliling kenderaan kepada pemandu untuk memudahkan lagi pemanduan. Ciri ini menjadi pelengkap kepada sistem keselamatan sedia ada pada Yaris sebelum ini seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC), Kawalan Daki Bukit (HAC), Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan perakam video digital (DVR) di depan dan belakang.

SISTEM HIBURAN TERKINI

Yaris (2020) facelift dilengkapi unit infotainment 7 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem telematik kenderaan juga didatangkan standard untuk varian G dan E sebagai sebahagian insiatif lanjutan syarikat terhadap capaian sambungan bawah jenama 360-T.

PILIHAN WARNA BAHARU, HARGA

Yaris (2020) facelift ditawarkan dengan warna baharu Platinum White Pearl (putih) bersama dua pilihan warna sedia ada iaitu Red Mica Metallic (merah) dan Silver Metallic (perak). Harga jualan adalah seperti berikut, tidak termasuk insurans:

  • Yaris J - RM71,688
  • Yaris E - RM80,591
  • Yaris G - RM85,587

Jika berminat, Yaris (2020) facelift kini sudah boleh ditempah di semua bilik pameran sah Toyota seluruh negara, dengan waranti komprehensif 5 tahun tanpa had perbatuan.

BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Wagon R+ Kompak dari Jepun yang Pernah Laku Keras di UK

GALERI
Toyota Yaris (2020)_1
Toyota Yaris (2020)_2
Toyota Yaris (2020)_3
Toyota Yaris (2020)_4
Toyota Yaris (2020)_5
Toyota Yaris (2020)_6
Toyota Yaris (2020)_7
Toyota Yaris (2020)_9
Toyota Yaris (2020)_10
Toyota Yaris (2020)_11
Toyota Yaris (2020)_12
Toyota Yaris (2020)_13
Toyota Yaris (2020)_14
Toyota Yaris (2020)_15
Toyota Yaris (2020)_16
Toyota Yaris (2020)_17
Toyota Yaris (2020)_18
Toyota Yaris (2020)_19
Toyota Yaris (2020)_22
Toyota Yaris (2020)_23
Toyota Yaris (2020)_24
Toyota Yaris (2020)_25
Toyota Yaris (2020)_26
Toyota Yaris (2020)_27
Toyota Yaris (2020)_28
Toyota Yaris (2020)_29
Toyota Yaris (2020)_30
Toyota Yaris (2020)_31
Toyota Yaris (2020)_21
Toyota Yaris (2020)_2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hatchback 4-pintu, Roda4, Toyota Yaris (2020), UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev