• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMW Toyota Siar Foto Acah Yaris Baharu! Akan Lancar Bila-Bila Masa?

UMW Toyota Siar Foto Acah Yaris Baharu! Akan Lancar Bila-Bila Masa?

November 1, 2020 By Han Othman Leave a Comment

991
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota menerusi laman Facebook rasmi wakil pengeluar itu menyiarkan foto acah Toyota Yaris baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, tetapi masih merahsiakan tarikh pelancaran model hatchback segmen-B tersebut.

Walaupun cuma imej lampu utama ditunjukkan, tetapi rata-rata sudah dapat meneka rekabentuk Yaris baharu itu dan ada beberapa netizen memuat naik foto penuh model tersebut dalam ruangan komen.

Malah, Toyota Motor Thailand pun sudah melancarkan model berkenaan serentak bersama Ativ (Malaysia: Vios) versi dipertingkat (facelift), pada Ogos lalu.

YARIS SPESIFIKASI THAILAND

Berdasarkan spesifikasi Thailand, Yaris baharu ini dijana enjin 4-silinder aspirasi natural (NA) 3NR-FKE 1.2L, sama seperti Vios yang kali terakhir dikemas kini tahun lalu. Trenkuasa ini menghasilkan kuasa 90hp dan tork 109Nm dengan transmisi Super CVT-i yang menawarkan kadar penjimatan bahan api 23.3km per liter.

Yaris Entry
Yaris Sport
Yaris Sport Premium

Yaris Thailand ditawarkan dalam tiga varian, Entry, Sport dan Sport Premium yang mana varian paling premium memiliki warna badan dwi-tona, lampu LED penuh, lampu kabus dan antena sirip jerung. Sistem suspensi menggunakan strut MacPherson dengan bar stabiliser di depan dan torsion beam dan spring koil dengan bar stabiliser di belakang.

Ciri keselamatan pula dilengkapkan 7 beg udara SRS, kit kecemasan baik pulih tayar, struktur casis diperkuar GOA, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Bantuan Mula Daki (HAC), kamera pandang belakang, perakam video digital (DVR) aka dashcam, dan lampu jejak Follow-Me-Home, serta turut dipakejkan teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense.

Semua ciri berbeza mengikut varian, manakala warna pula ada lapan pilihan. Harga? Bermula 549,000 (RM73,240) hingga 670,000 baht (RM89,380).

Foto di bawah pula ialah model Yaris yang dijual di Malaysia sekarang. Dapat kesan apa yang berbeza? Tak ada lagi CD-changer kan? 😅

toyota-yaris-2019-malaysia-bg
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_23
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_10
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_12
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_13
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_18
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_20
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_15
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_34
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_4
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_26
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_25
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_24
Toyota Yaris 2019 Malaysia_PanduLaju_30

Related

991
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Foto Acah, hatchback, hatchback segmen-B, Roda4, teaser, Toyota Motor Thailand (TMT), Toyota Yaris, Toyota Yaris (2021), Toyota Yaris Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev