• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Almera Turbo Umum Harga di Malaysia, Bermula RM79.9k hingga RM91.3k!

Nissan Almera Turbo Umum Harga di Malaysia, Bermula RM79.9k hingga RM91.3k!

November 1, 2020 By Azhan O Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini secara rasmi mengumumkan harga Nissan Almera Turbo serba baharu yang ditawarkan dalam tiga varian, VL, VLP dan VLT berserta teknologi kenderaan moden masa kini.

Berikut senarai harga Almera Turbo mengikut varian dan wilayah di Malaysia. Harga diberikan ialah atas jalan (OTR), tanpa insurans dan cukai jalan:

BACA >>> Nissan Almera Turbo Buka Tempahan, Harga Mula RM80k, Petrol Penuh 650km!

Semenanjung Malaysia
  • VL - RM79,906
  • VLP - RM85,715
  • VLT - RM91,310
Malaysia Timur
  • VL - RM82,406
  • VLP - RM88,215
  • VLT - RM93,810
Labuan (termasuk cukai jalan)
  • VL - RM66,188
  • VLP - RM73,688
  • VLT - RM77,888
Langkawi (termasuk cukai jalan)
  • VL - RM65,188
  • VLP - RM72,688
  • VLT - RM76,888

Setiap pembelian diberikan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan berserta servis percuma 5 kali (berselang-seli), termasuk kos alat ganti dan buruh percuma yang juga 5 tahun.

PAKEJ PEMBIAYAAN FLEXI

ETCM turut menawarkan pakej sewa beli istimewa Promosi Pembiayaan Flexi seperti berikut:

  • VL - RM688 sebulan
  • VLP - RM738 sebulan
  • VLT - RM788 sebulan

* Berdasarkan kepada harga atas jalan (OTR) Semenanjung Malaysia dengan jumlah pinjaman 90%, tempoh pinjaman selama 9 tahun dan sah sehingga 31 Disember 2020.

Malah, pelanggan yang membeli insurans daripada Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS) untuk Nissan Almera Turbo serba baharu akan menerima

  • Perlindungan Kemalangan Peribadi (PA) dengan jumlah diinsuranskan hingga RM75,000*
  • Bayaran perlindungan Key Care sehingga RM1,500*
  • Elaun Bantuan Banjir sehingga RM1,500*

Orang ramai juga dijemput merasai sendiri pengalaman memandu Almera Turbo serba baharu di semua bilik pameran Nissan seluruh negara dan berpeluang memenangi 10 unit iPhone SE (128GB) bernilai RM2,199 setiap satu.

Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM88,888 dalam Peraduan Beli & Menang apabila mereka membeli dan mendaftarkan Nissan Almera Turbo serba baharu bermula November hingga Disember 2020.

BACA >>> ETCM Tawar Pakej Aksesori Nissan Almera Turbo, Harga Mula RM400

ALMERA KINI DENGAN ENJIN TURBO


Ketiga-tiga varian Almera Turbo hadir dengan enjin HR10DET 1.0L Turbo serba baharu yang dipadankan dengan kotak gear X-Tronic CVT generasi seterusnya bersama D-Step Logic dan mod Sport.

Prestasi dihasilkan mampu menjana kuasa 98hp (100ps) dan tork 152Nm @ 2,400-4,000rpm. Paling menarik, sedan subkompak ini menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan, iaitu 18.4km per liter **(5.4L/100km).

Model ini juga dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju Nissan Intelligent Mobility, terdiri daripada pakej keselamatan seperti Amaran Pelanggaran Depan Pintar (Intelligent Forward Collision Warning, IFCW) dengan Brek Kecemasan Depan Pintar (Intelligent Forward Emergency Braking, IFEB).

Spesifikasi Almera Turbo boleh dibaca menerusi pautan SINI.

Sila kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara dan rasai sendiri pengalaman memandu Nissan Almera Turbo serba baharu hari ini. Maklumat lanjut boleh layari laman web www.almeraturbo.com.my atau hubungi hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

* Tertakluk kepada terma & syarat
** Berdasarkan kepada mode ujian NEDC R101

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Nissan, Nissan Almera Turbo, Nissan Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev