PANIK punya pasal, seorang peragut terhumban ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri selepas meragut seorang remaja perempuan dalam insiden yang berlaku di depan sekolah rendah di Jalan Sekolah, Seri Kembangan, Selangor kira-kira jam 5 petang, semalam.
Sebaik saja diragut, mangsa ragut berusia 17 tahun itu dilaporkan menjerit meminta pertolongan hingga menyebabkan suspek panik dan terjatuh dari motosikal ditunggangnya.
BACA >>> Tip Melawan Penjenayah Jalanan, Sila Genggam Kunci Kereta Anda Sekarang!
Orang ramai yang terdengar jeritan mangsa kemudian menangkap suspek yang tidak dapat ke mana-mana kerana mengalami kecederaan dan hanya terbaring kesakitan di tepi longkang.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, polis menerima laporan insiden jam 5.30 petang, dan sepasukan anggota dihantar untuk menahan suspek.
Pemeriksaan menemui beberapa telefon bimbit yang dipercayai dicuri dan beberapa paket disyaki berisi dadah. Semakan maklumat peribadi pula mendapati suspek ada empat rekod jenayah lampau.
Suspek kini dihantar ke sebuah hospital berhampiran kerana mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai patah kaki. Siasatan lanjut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
BACA >>> 'Black Panther' Selamatkan Mangsa Ragut Dapat Hadiah Jam
SUMBER: BeritaHarian | FB Info Roadblock JPJ/Polis
Leave a Reply