LAGI kontroversi mengenai Honda Winner X di Vietnam. Jika sebelum ini fairing supermoped itu dikatakan mudah patah, tetapi kali ini ramai mengadu posisi ekzos terlalu mendongak hingga menyebabkan asap dikeluarkan terkena muka pengguna belakang, terutama penunggang motosikal.
Aduan itu dibuat salah seorang penunggang motosikal, Nhat Minh kepada portal berita Vietnam, ZingNews yang mendakwa beberapa kali mengalami insiden sama.
BACA >>> Honda RS150R (2020) Facelift yang Lebih Sporty Rasmi Dilancarkan, Harga Mula RM8.2k
Menurutnya, setiap minggu pasti 3-4 kali dia berdepan masalah tersebut ketika menunggang dalam trafik sesak. Walaupun sudah memakai pelitup muka dan cermin mata, dia masih dapat rasa 'tembakan' ekzos Winner X menerpa mukanya.
Dia yang sudah beberapa tahun bekerja sebagai penunggang teksi motosikal di Vietnam mengaku tidak selesa dengan situasi tersebut, lebih-lebih lagi jika menimpa pengguna wanita dan warga tua.
Sebelum Winner X, tiada model klac tangan di Vietnam yang mengalami masalah ekzos seperti diperkatakan. Malah motosikal berekzos tinggi seperti Suzuki Xi Po (Malaysia: RG Sport) juga tidak menghembuskan asap seteruk itu.
Seorang rakannya, juga pemilik Winner X, turut mengakui masalah berkenaan selepas ditegur hingga membuatkan dia mematikan enjin setiap kali berhenti di lampu isyarat supaya tidak dimarahi penunggang motosikal di belakang.
BACA >>> Jawapan BSH: Kenapa Honda Winner X Tak Masuk Malaysia?
Masalah tersebut turut dibincangkan sesama pemilik Winner X dalam forum model itu, dan antara penyelesaian dilakukan ialah mengimpal paip kecil jenis bengkok supaya asap ekzos dapat dihalakan ke bawah.
Walaupun idea itu kreatif, tetapi menurut Nhat, Honda sepatutnya tidak memandang ringan isu berkenaan dan meminta penambahbaikan dibuat.
BACA >>> Honda Vietnam Lancar Winner X Facelift dengan Skema Warna Baharu, Harga RM8.2k
SUMBER: Zingnews.vn
Jan says
baru betul makan asap 😀