SEMPENA meraikan setahun kehadiran Aveta Global Marketing Sdn Bhd (Aveta) di pasaran motosikal Malaysia pada November depan, syarikat motosikal itu akan memperkenalkan satu model kapcai baharu.
Aveta Ranger 110 akan dilancarkan bulan depan pada harga RM3,500 tanpa insurans. Terdahulu, Aveta sudah menjual dua model di pasaran tempatan, iaitu Aveta DY90 dan Aveta RX110. Model ketiga dan terbaharu ini adalah lebih kepada gaya hidup dan keselesaan.
Ranger 110 ialah model pemasangan tempatan (CKD) di Lembah Klang yang menggunakan spesifikasi enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc penyejukan udara dengan kotak gear rotari 4-kelajuan berkuasa 7.8hp @ 7,500rpm dan tork 7.8Nm @ 6,500rpm.
Aveta Global juga kini dikatakan sedang menguji beberapa model motosikal baharu untuk diperkenalkan ke pasaran tempatan pada Disember akan datang. Namun, masih belum dapat dipastikan jenis segmen motosikal tersebut kerana masih diperingkat akhir pengkelasan.
BACA >>> Motosikal Buatan Malaysia di Pasaran! Aveta Lancar DY90, RX110 Serendah RM2.8k
BACA >>> Menteri: Hadkan Laju Kapcai 70kmj Susah Nak Buat, Lorong Khas Motor Perlu Kos Besar
Rosli Josari says
dah macam motosikal atok2 je rupanya .