• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beli Proton X50 di Shopee RM1 Sahaja! Harga Asal RM120k?

Beli Proton X50 di Shopee RM1 Sahaja! Harga Asal RM120k?

October 26, 2020 By Han Othman 1 Comment

685
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA kejutan terbaharu. Platform beli-belah atas talian, Shopee baru saja menyenaraikan Proton X50 yang tertera harga RM120,000.

Namun, X50 disenaraikan itu bukanlah untuk dijual, tetapi sebagai sebahagian kempen promosi 'One or Not' yang mana pelanggan Shopee berpeluang membeli SUV subkompak itu pada harga RM1 sahaja!

BACA >>> Proton X50 Sah Lancar Selasa Depan Secara Digital! Harga Masih Misteri...

Notis pada gambar juga awal-awal lagi sudah memaklumkan harga dan visual tersebut adalah untuk tujuan rujukan dan paparan.

BACA >>> Baru 2 Minggu, Proton X50 Terima Lebih 20k Tempahan

Cara menyertai kempen 'One or Not' (bermula 26 Oktober - 11 November), adalah seperti berikut:

  • Beli barang di Shopee dengan harga RM1 menggunakan ShopeePay sahaja.
  • Pengumuman akan dibuat 12 tengah hari pada hari berikutnya. Seorang pelanggan akan dipilih secara rawak untuk setiap barang.
  • Pelanggan boleh membeli barang tersebut pada harga RM1 dengan baucar diskaun.

Jika anda terpilih membeli X50 pada harga RM1, memang betul-betul bertuah! Pemenang bertuah juga diberikan PERCUMA caj yuran pendaftaran, cukai jalan setahun, insurans hingga RM2,800 untuk setahun, dan nombor plat.

Persoalannya sekarang, benarkah harga X50 sampai RM120,000? Kalau benar harga itu, mungkin X50 dalam kempen Shopee ini ialah varian Flagship yang didatangkan dengan ciri bantuan pemanduan termaju (ADAS) 2.0, bumbung panoramik dan kemasan warna dwi-tona.

Apapun, isu mengenai harga X50 akan diketahui dalam majlis pelancaran rasmi secara digital pagi nanti. Tungguuu....

Related

685
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Comments

  1. Zam says

    November 13, 2020 at 8:06 PM

    Isteri saya dah jadi pemenang ada shoopee hantar tapi tiba-tiba hari ini dibatalkan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my