• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Putrajaya Kini Sudah Ada Bas Percuma!

Putrajaya Kini Sudah Ada Bas Percuma!

October 27, 2020 By Azizi H Leave a Comment

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA 1 November ini, warga Malaysia, terutama penduduk Putrajaya bakal menikmati kemudahan bas percuma yang disediakan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Program pelancaran disempurnakan Ketua Setiausaha KWP, Datuk Rosida Jaafar dan Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain.

Inisiatif bas percuma itu menelan kos RM12 juta setahun dan melibatkan 12 laluan bas Nadi Putra di sekitar Putrajaya. Kemudahan yang disediakan KWP menerusi agensi Perbadanan Putrajaya (PPj) itu adalah antara inisiatif di bawah Wilayah Prihatin KWP bagi membantu rakyat khususnya warga Putrajaya mengurangkan beban sara hidup dalam aspek pengangkutan dan memudahkan urusan di Putrajaya.

Pada masa yang sama, perkhidmatan percuma ini juga dapat menggalakkan aktiviti pelancongan domestik di Putrajaya dalam membantu memulihkan ekonomi setempat ekoran pandemik Covid-19.

"Bagaimanapun, penumpang bas bukan warganegara dikehendaki membayar tambang RM1.50. Aspek prosedur operasi standard (SOP) untuk pencegahan penularan jangkitan Covid-19 perlu dipatuhi antaranya penjarakan tempat duduk, pengurangan kapasiti penumpang, pengambilan suhu badan dan pendaftaran MySejahtera," katanya kepada pemberita selepas program pelancaran.

 

bas-percuma-putrajaya-lancar-1
bas-percuma-putrajaya-lancar-2
bas-percuma-putrajaya-lancar-3
bas-percuma-putrajaya-lancar-4
bas-percuma-putrajaya-lancar-5
bas-percuma-putrajaya-lancar-6
bas-percuma-putrajaya-lancar-7
bas-percuma-putrajaya-lancar-8

Laluan perkhidmatan utama adalah:

T500 bermula di Kompleks E dan akan melalui Kompleks Kerajaan sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Presint 1 (Kompleks A, B, C, D dan E) dan Persiaran Perdana (Presint 2 dan 3) hingga ke Dataran Gemilang di Presint 4.

Bagi 11 laluan perkhidmatan selebihnya pula:

Melalui kawasan perumahan, komersial dan pejabat selain Presint 1 hingga Presint 4 dengan kekerapan setiap 15 minit pada waktu puncak, 20 minit pada waktu bukan puncak dan 30 minit pada malam, hujung minggu dan cuti umum.

Selain Putrajaya Sentral sebagai stesen utama, dua hentian iaitu Kompleks E di Presint 1 dan Dataran Gemilang di Presint 4 akan dijadikan transit yang menghubungkan laluan perkhidmatan utama dengan beberapa laluan perkhidmatan lain untuk kemudahan penumpang.

Related

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bas Percuma, Bas Percuma Putrajaya, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Datuk Rosida Jaafar, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Perbadanan Putrajaya (PPj)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev