• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai i20 N - Hot-Hatch Mengancam Ilham Jentera WRC (201hp, 275Nm)

Hyundai i20 N - Hot-Hatch Mengancam Ilham Jentera WRC (201hp, 275Nm)

October 23, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI kembali lagi dengan model khas untuk mereka yang sukakan jentera prestasi. Inilah Hyundai i20 N yang diilhamkan daripada model i20 Coupe WRC.

Ini bukan taktik atau strategi pemasaran semata-mata kerana Hyundai memang memiliki pencapaian cemerlang dalam Kejuaraan Rali Antarabangsa (WRC) FIA. Hyundai pernah dinobatkan sebagai juara kategori pengilang WRC 2019 selepas menang empat pusingan perlumbaan dan sehingga kini menjuarai 17 pusingan WRC.

Pengenalan terbaharu ini menambahkan lagi siri model prestasi N selepas memperkenalkan i30 N, Veloster N dan i30 Fastback N. Dengan prestasi WRC, pembabitan dalam perlumbaan kereta touring dan siri N, kehadiran Hyundai perlu dipandang serius yang sebaris pengeluar ternama dunia lain.

BACA >>> Hyundai i20 N Line (2021) Lancar dengan Gaya Lebih Sporty, Dua Pilihan Enjin

APA YANG BAGUS TENTANG i20 N?

Hatchback ini dikuasakan enjin 1.6L Turbo GDi dengan transmisi manual 6-kelajuan (6MT) berkuasa 201hp dan tork maksimum 275Nm. Berat cuma 1,190kg, sama seperti i20 Coupe WRC, manakala kelajuan maksimum 230kmj dan mampu memecut 0-100kmj sepantas 6.7 saat.

Julat rev maksimum tork ialah 1,750rpm-4,500rpm, manakala kuasa antara 5,500rpm dan 6,000rpm.

Sistem turbo i20 N disejukkan intercooler dan sistem pengedaran air pada enjin. Rel suntikan tekanan tinggi 350 bar berfungsi untuk pengatoman minyak yang membantu respon enjin lebih pantas dan sebagai persediaan campuran lebih cekap.

Transmisi 6MT diperkemas dan diperkuat untuk menampung kuasa pada rev lebih tinggi, tork dan Kawalan Luncur untuk dinamik pemanduan. Hyundai turut menawarkan ciri tambahan seperti N Corner Carving Differential dan Diferensial Gelincir Terhad (LSD) jenis mekanikal.

BACA >>> 10 Kereta Paling Laris di UK Sepanjang 2020

Berikut ciri i20 N (2021):

  • Mod pemanduan N Grin Control System dengan pelbagai tetapan sendiri dan lima mod utama: Normal, Eco, Sport, N and N Custom. 
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan tiga kawalan: On, Sport atau nyah aktif sepenuhnya.
  • Sistem padanan rev (rev-match) dan Kawalan Luncur.
  • Penghasil bunyi elektrik, kawalan damper variabel (VDC), indikator haus pad brek (brake pad wear indicator, PWI).
  • Tayar khas Pirelli P-Zero saiz 215/40 R18 dengan tanda HN (Hyundai N).
  • Casis diperkuat 12 poin berbeza untuk pengendalian lebih lancar dan kegunaan lebih menyakinkan dalam pelbagai kondisi rupa bumi dan cuaca.
  • Bar anti-oleng, spring dan absorber baharu.
  • Gandar N Power Sense (N Power Sense Axle) di depan dan gandar torsion beam dwi-ganda (dual coupled torsion beam axle, CTBA) di belakang untuk prestasi pemanduan dan pengendalian.
  • Brek prestasi tinggi dengan cakera depan 40mm, lebih besar daripada i20 biasa.
  • Nisbah stereng dikurangkan 12.0 berbanding 12.4 pada i20 biasa.
  • Sistem stereng kuasa C-MDPS (column-mounted motor driven power steering system) talaan khas.
  • Teknologi bantuan pemanduan Hyundai SmartSense Advanced Drivers Assistance System.
  • Sistem Data Prestasi Pemanduan untuk mengawasi dan meningkakan skil pemandu di trek dengan memaparkan dan menyimpan data pemanduan, kuasa enjin, pemasa pusingan dan pecutan.

Pakej ditawarkan i20 N begitu menarik bagi model sport segmen- B. Model ini dijadualkan berada di pasaran Eropah pada musim luruh 2021 (Mac tahun depan). Bagaimanakah pula pasaran tempatan?

Andai kata dibawa masuk, i20 N pastinya bukan murah, sama seperti i30 N yang ditawarkan pada harga sekitar RM300,000. Bezanya ialah segmen dan pesaing utama hatchback subkompak Hyundai ini ialah Toyota GR Yaris.

BACA >>> Hyundai i20 N Line (2021) Lancar dengan Gaya Lebih Sporty, Dua Pilihan Enjin

GALERI
Hyundai i20 N.01
Hyundai i20 N.02
Hyundai i20 N.03
Hyundai i20 N.04
Hyundai i20 N.05
Hyundai i20 N.06
Hyundai i20 N.07
Hyundai i20 N.08
Hyundai i20 N.09
Hyundai i20 N.10
Hyundai i20 N.11
Hyundai i20 N.12
Hyundai i20 N.13

Related

246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback segmen-B, hatchback subkompak, hot-hatch, hyundai, Hyundai i20, Hyundai i20 N, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev