• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X50 Sah Lancar Selasa Depan Secara Digital! Harga Masih Misteri...

Proton X50 Sah Lancar Selasa Depan Secara Digital! Harga Masih Misteri...

October 22, 2020 By Han Othman Leave a Comment

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASTI ramai ternanti-nanti pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu Proton X50 selepas pelbagai foto dan maklumat awal sudah didedahkan kepada umum.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya adalah sama ada berlaku sebarang penangguhan atau sebaliknya berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dalam usaha Kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Berita terbaharu diterima, X50 akan dilancarkan secara maya dan ini disahkan menerusi jemputan yang baru saja kami terima daripada Proton sebentar tadi. Tarikh pelancaran ialah pada 27 Oktober (Selasa depan), jam 10:50 pagi di laman Facebook ProtonCarsOfficial.

Pada masa sama, Proton turut menyiarkan video acah X50 di laman Facebook pengeluar itu yang memaparkan sedutan bahagian dan sudut menarik SUV segmen-B itu seperti lampu utama LED penuh, rim aloi 18 inci dan kemasan dwi-tona pada luaran dan dalaman.

Maklumat yang sahih setakat ini ialah X50 akan dijana dua varian enjin 3-silinder, iaitu 1.5T (turbo biasa, juga enjin baharu khas untuk X50 ) dan 1.5TGDi, dalam empat varian: Standard, Executive, Premium dan TGDi Flagship.  Semua varian menggunakan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam konfigurasi pacuan roda depan (FWD).

Varian 1.5 TGDi Flagship akan dibekalkan ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0 dengan kemasan badan dwi-tona dan ada bumbung panoramik.

Cuma harga yang belum diketahui setakat ini, tetapi jangkaan kami X50 akan dijual dalam julat harga RM80,000 hingga RM100,000. Apapun, kita kena tunggu dulu tarikh pelancaran SUV subkompak ini minggu depan!

BACA >>> Baru 2 Minggu, Proton X50 Terima Lebih 20k Tempahan
BACA >>> Apakah Beza Empat Varian Proton X50?

Related

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev