PENGEDAR rasmi jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd memperkenalkan Scrambler 1100 PRO dan 1100 Sport PRO ke pasaran tempatan yang masing-masing berharga RM75,900 dan RM80,900.
Kedua-duanya berkongsi trenkuasa sama, enjin 1,079cc L Twin Desmodromic berkuasa 84.7hp @ 7,250rpm dan tork 90.5Nm @ 4,750rpm, manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi klac manual 6-kelajuan dengan sistem dwi-ekzos 2-1-2 berserta penukar bermangkin (catalytic converter).
BACA >>> Inilah 5 Sebab Ducati Scrambler Icon Dark Sesuai untuk Anda
Scrambler 1100 PRO ditawarkan dalam skema dwi-tona baharu Ocean Drive yang digandingkan frem trellis dan subfrem aluminium hitam di belakang. Lampu utama diilhamkan daripada penggunaan pita pelekat pelindung era 70-an. Rekaan keluli bentuk X dalam lampu menyerlahkan lagi sisi garang jentera.
Scrambler 1100 Sport PRO diserlahkan dengan penggunaan bar hendal jenis low-slung, cermin sisi cafe racer, skema warna Matt Black dan panel sisi dicat logo 1100. Aspek keselamatan, kedua-dua model dilengkapkan ciri seperti Kawalan Traksi Ducati (DTC), ABS Selekoh, dan tiga mod tunggangan: Active, Journey dan City.
Keselesaan tunggangan Scrambler 1100 Pro diserahkan kepada suspensi fork terbalik (USD) 45mm Marzocchi boleh laras (depan) dan monoshock Kayaba (belakang). Model Scrambler 1100 Sport Pro pula menggunakan fork USD 48mm Öhlins boleh laras (depan) dan monoshock Öhlins (belakang).
Bahagian roda menggunakann tayar Pirelli MT60 RS120/80 ZR18 di depan dan Pirelli MT60 RS180/55 ZR17 (belakang), manakala kluster instrumen LCD memaparkan maklumat semasa mengenai jentera.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Label CE dan & EN162 untuk Sut Menunggang?
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal
GALERI
DUCATI SCRAMBLER 1100 PRO
DUCATI SCRAMBLER 1100 SPORT PRO
Leave a Reply