• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Ntorq 125 SuperSquad Edition Tampil Seragam Adiwira Marvel Avengers

TVS Ntorq 125 SuperSquad Edition Tampil Seragam Adiwira Marvel Avengers

October 24, 2020 By Azizi H Leave a Comment

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TVS Motor Company di India memperkenalkan Ntorq 125 SuperSquad Edition dengan menampilkan tiga skema warna baharu yang diilhamkan daripada watak adiwira Marvel, iaitu Invincible Red, Stealth Black, dan Combat Blue.

Ketiga-tiga imej grafik baharu itu mengambil ilham adiwira ikonik iaitu Iron Man, Black Panther, dan Captain America.

Dijual pada harga Rs83,327 (RM4,710), skuter edisi khas ini lebih mahal Rs5,000 (RM281) daripada skuter varian brek cakeram dan Rs2,500 (RM140) lebih mahal daripada varian Race Edition. Aspek mekanikal kekal sama, cuma rupa luaran bertukar.

Ketiga-tiga varian menampilkan simbol 'A' (untuk Avengers) yang diletakkan pada panel depan dan bawah spidometer. Skuter ini juga mendapat lampu utama LED daripada Ntorq 125 Race Edition.

BACA >>> TVS Jupiter Grande Lancar di India, Skuter 100cc Pertama India Ada Bluetooth

Berikut perincian penuh Ntorq 125 SuperSquad Edition:

1. TVS Ntorq 125 SuperSquad Stealth Edition - Stealth Black (Black Panther)

Varian Stealth Black diilhamkan daripada watak Black Panther. Skuter ini menampilkan warna hitam dengan aksen ungu. Beberapa perincian rumit ditampilkan seperti simbol hormat signatur ‘Wakanda Forever’ dan angka 66, menandakan tahun watak itu diperkenalkan Marvel Universe.

2. TVS Ntorq 125 SuperSquad Edition - Invincible Red (Iron Man)

Diilhamkan watak Iron Man, skema warna ini menampilkan warna merah dan emas ikonik. Bahagian sisi apron depan dihiasi grafik helmet Iron Man, manakala panel belakang dilukis reaktor arka.

Peminat juga akan perasan dengan enkripsi Mark XXXX pada kedua-dua panel sebagai tanda Fiddler, iaitu sut Iron Man ke-29 bersama angka 63 yang menandakan tahun 1963, iaitu tahun pertama watak itu diperkenalkan.

3. TVS Ntorq 125 SuperSquad Edition - Combat Blue (Captain America)

Dengan kemasan biru, putih dan merah Captain America, skuter ini tampil sama seperti karakter First Avengers itu. Ia mengetengahkan angka 41 sebagai tahun penting  (1941) ketika Captain America diperkenalkan dalam Marvel Universe, manakala panel perisai dilukiskan pada panel fairing sisi. Juga pelekat Super Soldier pada panel sisi badan.

AKSES APLIKASI MOBIL

Apa menarik mengenai skuter ini ialah aplikasi mobil TVS Connect App yang didatangkan dengan UI kustom, diilhamkan daripada karakter Captain America. Aplikasi berkenaan boleh dibuka dengan karakter masing-masing dan kemudian elemen penting seperti perisai Captain America, sut Iron Man dan mata Black Panther dengan lambang watak akan melintasi di antaramuka aplikasi.

BACA >>> TVS Apache Pecah Rekod Asia Book of Records, Beraksi Lagak Ngeri 6 Jam Tanpa Henti

SUMBER: AutoCarIndia

Related

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ntorq 125 SuperSquad Edition, roda2, skuter, TVS Motor Company

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my