• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Audi TT RS 40 - Kereta Sport Tribut 40 Tahun Sistem Quattro, Cuma 40 Unit Dihasilkan

Audi TT RS 40 - Kereta Sport Tribut 40 Tahun Sistem Quattro, Cuma 40 Unit Dihasilkan

October 29, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

533
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR kereta mewah dari Jerman, Audi memperkenalkan TT RS 40 ke pasaran tempatan negara itu sempena meraikan ulang tahun ke-40 sistem pacuan semua roda Quattro pada harga €114,040 (RM556,790).

Ini ialah model Audi TT edisi khas yang mana angka 40 juga merujuk kepada hanya 40 unit ditawarkan kepada pembeli selain membawa maksud usia empat dekad sistem Quattro diaplikasikan. Audi TT RS 40 ditawarkan di Jerman pada harga

TT RS 40 dibangunkan berasaskan varian RS Coupe dengan menerima beberapa ciri luaran sporty seperti pembaharuan ruang kabin. Selain itu, jurutera Audi turut menaik taraf aspek prestasi model dua pintu ini dengan menala semula casis dan ciri aerodinamik.

BACA >>> Audi RS Q3 Sportback - SUV 5-Silinder Berkuasa 400hp, 480Nm

audi 5
audi 4
audi 7
audi 6

Model sport ini didatangkan dalam warna putih dengan tiga strip kelabu, merah dan hitam yang menjadi simbol Audi Sport GmbH, yakni divisyen permotoranAudi.

Perumah cermin sisi berwarna hitam, dan penampilan tampak agresif dengan tambahan spliter bawah badan dan sisi bampar hitam kilat. Bonet memiliki ambilan udara tambahan ke  enjin selain gril 'honeycomb' dan ventilator depan. Spoiler kereta ini sebenarnya lebih besar daripada TT RS Coupe yang bertujuan meningkatkan aerodinamik dengan mengurangkan seretan angin.

BACA >>> AddArmor APR Audi RS7 - Inilah Sedan Perisai Paling Laju di Dunia, Sepantas 325kmj!

Bampar belakang bertona gelap dengan dua muncung ekzos bentuk bujur bagi menyerikan ruang belakang kereta. Kelihatan dekal quattro pada tingkap, bampar depan dan sisi kereta, manakala rim berwarna putih bersaiz  20 inci dengan kaliper brek merah.

Ruang kabin TT RS 40 didominasi tona gelap sepenuhnya yang kontras dengan warna badan kereta. Setereng roda dan tuil gear kini dibalut material kulit premium Alcantara, manakala kerusi sport dibalut kulit Nappa. Setiap unit ada nombor siri tersendiri yang diukirkan pada tombol gear. Komponen lain masih sama seperti versi TT RS Coupe.

Barisan kerusi belakang dibuang dan digantikan frem gentian karbon diperkuat buatan Audi bagi memastikan TT RS 40 ini lebih ringan berbanding TT RS Coupe, kira-kira 16kg. Ini bukan soal kosmetik, tetapi frem itu turut membantu menambah baik kekuatan badan kereta sport berkenaan.

Trenkuasa TT RS 40 dijana enjin 2.5L TFSI I5 dengan pengecas turbo yang mampu mengekstrak kuasa 394hp dan tork 480Nm. Kotak gear digunakan jenis automatik 7-kelajuan S Tronic dengan sistem pacuan Quattro. Ini membolehkan kereta ini memecut 0-100kmj sepantas 3.7 saat, manakala kelajuan maksimum dihadkan kepada 280kmj.

BACA >>> Terlelap Punya Pasal, Audi A6 Terjun Sungai

GALERI
audi
audi 1
audi 2
audi 3
audi 5
audi 4
audi 7
audi 6
audi 8
audi 9
audi 10
audi 11

SUMBER: Zingnews.vn

Related

533
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4WD Quattro, Audi, Audi Quattro, Audi TT RS 40, Auto Terkini, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev