LEGASI Boxster diteruskan menerusi pelancaran dua model baharu iaitu Porsche 718 Boxster dan 718 Boxster S oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP) yang diilhamkan daripada jentera perlumbaan popular sekitar 50-an.
Bukan saja menampilkan rekaan menarik, Porsche Boxster generasi baharu ini turut didatangkan dengan prestasi lebih berkuasa dan jimat minyak.
HARGA:
- Porsche 718 Boxster - RM480,000
- Porsche 718 Boxster S - RM620,000
JAMINAN:
Sama seperti barisan model Porsche lain, kedua-duanya didatangkan dengan jaminan selama empat tahun bersama pakej penyelenggaraan secara percuma.
PRESTASI:
Bagi Porsche 718 Boxster, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 2.0L dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 300hp bersama tork puncak setinggi 380Nm pada 1,950 hingga 4,500rpm. Pecutan dari sifar ke 100kmj mampu dibuat sepantas 4.7 saat dengan kelajuan maksimum 275kmj.
Manakala Porsche 718 Boxster S pula hadir bersama enjin 2.5L pengecas turbo bersama Variable Turbine Geometry (VTG). Ia berupaya menghamburkan enjin sebanyak 350hp dan tork 429Nm.
Biarpun hanya dipadankan dengan enjin bersesaran 2.5L (sebelum ini 3.4L), penghasilan kuasa adalah 35hp dan 60Nm lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya. Kuasa pecutan dari sifar 100kmj pula boleh dibuat sepantas 4.2 saat dengan kelajuan maksimum 285kmj.
EKONOMIKAL:
Walaupun hadir sebagai jentera prestasi tinggi, aspek penjimatan bahan api tidak dilupakan. Kedua-dua model Porsche Boxster ini memberikan penjimatan sehingga 13 peratus berbanding generasi terdahulu.
Ia hanya menggunakan 6.9L per 100kmj untuk kitaran NEDC, iaitu pengurangan 0.7L berbanding sebelum ini. Manakala Porsche 718 Boxster S pula hanya menggunakan 7.3L per 100kmj.
Leave a Reply