• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Mustang Mach 1 (2021) yang Lebih Berkuasa daripada Mustang GT! Harga RM214k

Ford Mustang Mach 1 (2021) yang Lebih Berkuasa daripada Mustang GT! Harga RM214k

October 19, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

673
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD Mustang yang banyak atas jalan raya sekarang adalah daripada varian 5.0 V8 atau 2.3 EcoBoost. Dua model tersebut mewarnai dunia kereta berprestasi di negara kita di sebalik deruman ekzos Nissan GT-R.

Berdasarkan sejarah generasi terdahulu, Mustang mempunyai beberapa varian dengan kuasa berbeza seperti Mach 1. Model ini lama direhatkan dan selepas 17 tahun, Ford memperkenalkan semula pada Jun 2020. Sama seperti sebelum ini, Mustang Mach 1 dibina untuk prestasi.

Lebih jelas lagi, Mustang Mach 1 diposisi antara Mustang GT dan Shelby. Mach 1 (2021) menggunakan enjin 5.0L V8 dengan kuasa 480hp @ 7,000rpm dan tork @ 569Nm @ 4,600 rpm. Mach 1 bukan saja dibangunkan untuk pemanduan di jalan raya tetapi juga litar.

BACA >>> Ford Mustang Mach 1 Bakal Kembali! Model Baharu dengan Legasi 1969

Senang kata, selepas beli Mach 1, tidak perlu lagi buat ubah suai. Berikut ciri  yang ada pada Mustang Mach 1 (2021):

Trenkuasa
  • Enjin 5.L V8 dengan beberapa komponen yang disesuaikan daripada Shelby GT350.
  • Antara komponen Shelby GT350 ialah manifold masukan (intake manifold), adapter penapis minyak dan penyejuk minyak enjin untuk meningkatkan keupayaan penyejukan minyak enjin hingga 50 peratus.
  • Transmisi manual 6-kelajuan Treme 3160 daripada Shelby GT350.
  • Sistem penyejukan minyak transmisi GT350.
  • Sistem padanan rev, klac cakera kembar dan anjakan gear pendewk (short-throw shifter).
  • Pilihan transmisi automatik 10-kelajuan automatik SelectShif dengan konverter tork (torque converter) dan kalibrasi khas bagi mengoptimumkan keupayaan tork, karakter anjakan gear dan prestasi keseluruhan dipertingkatkan.
  • Penyejuk kedua daripada udara kepada minyak (air-to-oil) meningkatkan kapasiti penyejukan kepada 75 peratus.
Pengendalian
  • Bar ayunan (sway) dan gegelung depan lebih tegar, buster brek Mustang GT Performance Pack Level.
  • Subfrem dengan sesendal (bushing) lebih tegar dan pautan toe (toe-link) Shelby GT500.
  • Suspensi MagneRide dengan kalibrasi baharu.
  • Tayar Michelin PS4 dengan rim 19 inci x 9.5 inci, dan 19 inci x 10 inci.
  • Rim 19 inci x 10.5 inci (depan) dan 19 inci x 11 inci (belakang) untuk Handling Package.
  • I-shaft stereng lebih tegar dan kalibrasi EPAS baharu.
Luaran, Kit Badan dan Aerodinamik
  • Mach 1 ada 22 peratus lebih daya mendap (downforce) berbanding Mustang GT dengan Performance Pack Level 1 dan keupayaan daya mendap meningkat sekitar 150 peratus dengan Mach 1 Handling Package.
  • Gril baharu dengan pengaruh Mach 1 asal dengan jaring 3D.
  • Gril dua bahagian (two-piece), gril bawah, gril sisi menyumbang kepada penampilan istimewa Mach 1 dan berfungsi sebagai penyejuk dan aerodinamik.
  • Kemasan warna Magnetic kilat rendah pada badan kereta, cermin sisi dan spoiler belakang.
  • Warna Fighter Jet Gray (Appearance Package sahaja), Iconic Silver, Shadow Black, Oxford White, Velocity Blue, Twister Orange, Race Red dan Grabber Yellow. 
  • Eksklusif untuk Mustang Mach 1 Handling Package dengan transmisi manual 6-kelajuan Tremec 3160:  Spliter depan lebar dengan daya mendap lebih tinggi, lip molding baharu pada roda depan, spoiler dengan gurney flap dalam warna Magnetic kilatan rendah dan spat tayar belakang Shelby GT500.
  • Penutup bahagian bawah (underbelly pan) ialah naik taraf aerodinamik paling penting buat Mach 1, dipanjangkan 20 inci ke belakang berbanding Mustang GT Performance Pack untuk melancarkan dan meningkatkan aliran udara di bahagian bawah depan kereta.
  • Airfoil untuk bahagian brek turut meningkatkan prestasi daya mendap dan aliran penyejukan brek - pertama untuk Mustang.
Bahagian Dalam
  • Panel meter warna Dark Spindrift dengan riasan aluminium.
  • Plat sil pintu.
  • Paparan grafik permulaan baharu (splash screen) pada paparan meter.
  • Tombol gear bola kiu putih.

Walaupun hebat, tidak semua boleh memiliki Mustang Mach 1 memandangkan Ford menawarkannya di dalam jumlah terhad sahaja.

Mustang Mach 1 dijadual memasuki pasaran Amerika Syarikat dan Kanada pada 2021 atau dalam erti kata lain belum ada pengesahan mengenai versi pemanduan sebelah kanan.

Bagi menjadikan impian pengguna tempatan memilikinya, Ford perlu terlebih dahulu perlu menawarkan Mustang Mach 1 di Britain atau Jepun untuk pengimport bebas membawanya masuk. Harga disyorkan Mustang Mach 1 ialah bemula AS$51,720 (RM214,560).

BACA >>> Ford Cipta Tayar Boleh Tinggalkan Mesej Kecemasan Atas Pasir!

Ford Mustang Mach 1 2021.01
Ford Mustang Mach 1 2021.02
Ford Mustang Mach 1 2021.03
Ford Mustang Mach 1 2021.04
Ford Mustang Mach 1 2021.05
Ford Mustang Mach 1 2021.06
Ford Mustang Mach 1 2021.07
Ford Mustang Mach 1 2021.08
Ford Mustang Mach 1 2021.09
Ford Mustang Mach 1 2021.10
Ford Mustang Mach 1 2021.11
Ford Mustang Mach 1 2021.12
Ford Mustang Mach 1 2021.13
Ford Mustang Mach 1 2021.14
Ford Mustang Mach 1 2021.15
Ford Mustang Mach 1 2021.16
Ford Mustang Mach 1 2021.17
Ford Mustang Mach 1 2021.18
Ford Mustang Mach 1 2021.19
Ford Mustang Mach 1 2021.20
Ford Mustang Mach 1 2021.21
Ford Mustang Mach 1 2021.22
Ford Mustang Mach 1 2021.23
Ford Mustang Mach 1 2021.24
Ford Mustang Mach 1 2021.25

Related

673
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Mustang, Ford Mustang Mach 1, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev