• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Lelaki Tumbuk Bomba Rupa-Rupanya Positif Dadah

#Tular: Lelaki Tumbuk Bomba Rupa-Rupanya Positif Dadah

October 15, 2020 By Azizi H Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARI ini tular rakaman video yang memaparkan detik seorang lelaki menumbuk seorang anggota bomba sebelum diberkas orang awam dan anggota lain.

Suspek dikatakan terlibat dalam kemalangan di jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn yang menyebabkan berlaku kebakaran kereta. Dalam perkembangan terbaharu, suspek tersebut didapati positif dadah.

BACA >>> Indian Scout Bobber Edisi Jack Daniel's (2018) Angkat Tema Briged Bomba, Cuma 177 Unit

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 30-an itu disahkan positif hasil ujian saringan awal dilakukan.

Menurutnya, individu itu ialah pengurus acara di Kuala Lumpur dan juga pemilik kereta Proton Persona yang terbakar selepas terbabit kemalangan.

Insiden dalam video itu berlaku jam 10.40 pagi ketika anggota bomba sedang memadamkan kereta tertuduh yang terbabit kemalangan. Suspek dilaporkan meluru ke tempat kejadian dan mahu menghampiri keretanya.

Bagaimanapun, suspek diminta anggota bomba di situ supaya bertenang, tetapi tiba-tiba bertukar agresif dengan melepaskan tumbukan terhadap salah seorang anggota sebelum cuba melarikan diri.

Mohd Zaid berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk permohonan reman, esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 186/353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987b. Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-998-5730.

BACA >>> Myvi Langgar Accord: Kena Penjara 6 Tahun, Denda RM8,000!

SUMBER : HarianMetro

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, B, Lelaki Tumbuk Bomba, tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my