• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 6 Perkara Menarik Perlu Anda Tahu Mengenai Honda Accord Facelift (2016)

6 Perkara Menarik Perlu Anda Tahu Mengenai Honda Accord Facelift (2016)

August 2, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda Accord FaceliftBELUM lagi reda kehangatan Honda Civic baharu, Honda Malaysia terus mengorak langkah agresif dengan membuka tempahan bagi model Honda Accord facelift.

Bagaimanapun, harga jualan tidak didedahkan. Dari pemerhatian kami, kemungkinan besar harga jualan kekal seperti model sedia ada.

Sedia maklum, Honda Accord facelift sudahpun menembusi pasaran Thailand awal tahun ini dan juga dipamerkan semasa Bangkok Motor Show 2016.

Yang pasti, pengenalan Honda Accord facelift ini bakal menggemparkan model segmen-D lain memandangkan ia memiliki paras rupa lebih Wow!

Jadi, apa penambahbaikan yang sudah dilakukan pada Honda Accord facelift ini? Untuk memudahkan anda faham, PanduLaju sediakan enam perkara perlu tahu mengenai model facelift segmen-D keluaran negara matahari terbit ini.

Honda Accord Facelift
Honda Accord Facelift

1. TEMPAHAN DIBUKA

Bermula 1 Ogos 2016, anda sudah boleh membuat tempahan di kesemua bilik pameran Honda Malaysia terdekat.

2. ENJIN KEKAL

Honda Accord facelift masih lagi ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu 2.0L dan 2.4L.

3. KEKAL TIGA VARIAN

Sama seperti model sedia ada, Honda Accord facelift masih lagi ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu 2.0 VTi, 2.0 VTi-L dan 2.4 VTi-L.

Honda Accord Facelift
Honda Accord Facelift

4. PELANCARAN SUKU KE-3

Kami menjangkakan pelancaran Honda Accord facelift akan dilakukan suku ke-3 tahun ini. Dalam erti lain, bulan ini atau September 2016.

5. WARNA BAHARU

Buat pertama kalinya, Honda Accord facelift ditawarkan dalam warna biru (Obsidian Blue Pearl). Selain itu, ia juga ditawarkan dalam dua warna baharu iaitu White Orchid Pearl dan Lunar Silver Metallic.

6. REKABENTUK LEBIH ELEGAN

Bukan saja terima warna baharu, Honda Accord facelift turut dipadankan dengan paras rupa lebih elegan dan sport. Antara penambahbaikan dilakukan adalah;

  • Gril hadapan baharu
  • Bar krom tebal
  • Lampu hadapan LED
  • Lampu nyalaan siang LED
  • Lampu belakang LED
  • Rim aloi rekaan baharu

SIRI JELAJAH

Bagi anda yang mahu melihat lebih dekat lagi, Honda Malaysia bakal mengadakan siri jelajah bermula 12 Ogos hingga 4 Sepetember 2016 di beberapa lokasi terpilih. Senarai lokasi rujuk jadual di bawah;

Honda Accord Facelift
Honda Accord Facelift

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Accord, Bangkok Motor Show 2016, Honda, Honda Accord Facelift, Honda Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev