• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Forza 750 (2021) Lancar di Eropah, Skuter Pilihan Tambahan Selain X-ADV 750

Honda Forza 750 (2021) Lancar di Eropah, Skuter Pilihan Tambahan Selain X-ADV 750

October 16, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA menambah satu lagi barisan produk di bawah lencana Forza. Dengan asas X-ADV 750, kedatangan  Forza 750 menawarkan pilihan tambahan selain skuter advencer middleweight itu.

Rasmi dilancarkan di Eropah, Forza 750 dijana enjin dwi-silinder sebaris 750cc berkuasa 67.5hp @ 6,750rpm dan tork 69Nm @ 4,750rpm dengan transmisi dual klac (DCT) 6-kelajuan. Skuter ini turut dilengkapkan mod tunggangan tambahan seperti Standard, Sport, Rain dan User. 

BACA >>> Dayang VOREI (2020) Mahu Lawan Yamaha XMAX, Honda Forza

Forza 750 diberikan tetapan brek depan sama seperti X-ADV, iaitu brek cakera kembar dengan kaliper Nissin 4-piston dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran. Sistem suspensi menggunakan fork 41mm di depan,  dan monoshock dan pro-link di belakang. Kedua-dua suspensi tidak boleh laras dan dipadankan travel 120mm.

Antara ciri dimiliki Forza 750 ialah sistem lampu LED penuh, sistem Kawalan Suara Telefon Pintar Honda (HSVC), ruang simpanan 22 liter dengan pengecas USB, sistem kunci pintar (untuk menghidupkan enjin, mengunci motosikal dan membuka pelana) dan pemuka TFT 5 inci.

Sistem HSVC, yang dikawal butang di hendal kiri, membolehkan penunggang mengakses panggilan telefon, muzik dan navigasi menerusi antaramuka pada panel skrin. Apa diperlukan ialah fon kepala yang disambungkan ke helmet, manakala telefon pintar disambung ke skrin menerusi Bluetooth.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Mula-Henti (Start-Stop) yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #RetroAuto: Seat Potong Pernah Jadi Trend Ranking Atas Mat Motor 90-an!

GALERI

Related

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Forza, Honda Forza 750, Honda Forza 750 (2021), roda2, skuter, skuter advencer, skuter maksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my