• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Skuter Retro Pelik, Yamaha Vinoora dan Vinoora M Lancar di Taiwan, Harga Mula RM11k

Skuter Retro Pelik, Yamaha Vinoora dan Vinoora M Lancar di Taiwan, Harga Mula RM11k

October 15, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

602
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA
Motor Taiwan (Yamaha Taiwan) melancarkan dua varian skuter terkini seakan meniru budaya popular baharu dipanggil Newtro (new+retro), bermaksud kombinasi sesuatu yang baharu dan retro.

Budaya pop Newtro atau retro baharu ini semakin popular di beberapa negara Asia termasuk Korea. Dua varian skuter Yamaha yang dimaksudkan itu ialah Vinoora dan Vinoora M.

Rekabentuk skuter kelas 125cc ini kekal dengan gaya retro tetapi sarat komponen dan teknologi terkini, serta patuh regulasi emisi tahap tujuh di Taiwan.

BACA >>> #BikinMotor: Kapcai SYM Symba dari Taiwan yang Diubah Suai Jadi Chopper

1. YAMAHA VINOORA

Varian Vinoora didatangkan dengan dua unit lampu depan berserta gegelung lampu kembar LED. Lampu signal belok diposisi menegak dengan mentol jenis halogen.

Vinoora 16
Vinoora 18

Kedua-dua lampu depan itu nampak seperti sepasang mata robot comel. Malah kelihatan seperti ada kelopak mata, lebih-lebih lagi bawah lampu. Lampu belakang juga berbentuk bulat dan nampaknya tidak perlu dihuraikan lebih mendalam lagi. Saiznya besar dan ada gaya skuter ala sentuhan Eropah.

Skuter ini tiada fender terpisah yang lazimnya dipasang antara dua batang fork. Fender Vinoora bersambung pada panel badan depan yang membuatkan skuter ini seperti bentuk hidung besar.

Kluster instrumen juga berbentuk bulat, jenis LCD segiempat tepat dengan paparan maklumat digital yang cukup mudah dibaca, terdiri daripada spidometer, odometer, bar petrol, jam dan indikator amaran di kiri dan kanan panel meter.

Ruang simpanan bawah pelana seluas 4 liter dengan lengkungan ke bawah untuk meningkatkan kapasiti simpanan. Rekaan pelana berserta warna dikaitkan dengan ciri dan warna klasik.

2. YAMAHA VINOORA M

Secara jujur, varian ini nampak lebih maskulin dan sesuai bagi lelaki. Lampu skuter seperti memakai cermin mata dan dipasangkan panel krom melintang pada fender yang mirip misai. Menurut Yamaha Taiwan, Vinoora M tampil dengan gaya ala lelaki metroseksual di bandar Britain.

Vinoora M juga didatangkan dengan rel tangan kembar gaya retro, manakala pelana dibalut kulit. Varian ini mempunyai ketinggian pelana 755mm, iaitu 10mm lebih tinggi berbanding Vinoora (745mm).

BACA >>> Xiaomi Lancar e-Skuter Paling Murah, Ninebot C30 dengan Harga RM2.1k Sahaja

TRENKUASA DAN HARGA

Vinoora dan Vinoora M dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc penyejukan udara dengan teknologi Blue Core dan sistem penghidup enjin pintar SMG. Skuter ini menawarkan purata penjimatan bahan api sekitar 57.7km per liter. Juga ada palam USB untuk mengecas telefon pintar dan cangkuk khas untuk menggantung barang atau beg.

Kedua-dua skuter memiliki berat cuma 94kg. Harga pula seperti berikut:

  • Vinoora - 76,300 yuan (RM11,000)
  • Vinoora M - 79,800 yuan (RM11,506)

Pilihan warna pula berbeza mengikut varian seperti di bawah:

  • Vinoora - Aurora Gray (kelabu), Classic White (putih), Retro Green (hijau) dan Texture Blue (biru gelap)
  • Vinoora M - British Black (kelabu gelap)
GALERI
Vinoora
Vinoora 21
Vinoora 20
Vinoora 22
Vinoora 16
Vinoora 18
Vinoora 15
Vinoora 19
Vinoora 23
Vinoora M
Vinoora 10
Vinoora 14
Vinoora 9
Vinoora 11
Vinoora 12
Vinoora M
Vinoora A
Vinoora B

SUMBER: Moto7 | YamahaMotorTbaiwan

Related

602
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: roda2, skuter, Yamaha Taiwan, Yamaha Vinoora

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev