SUZUKI Hayabusa (2021) dijangka dilengkapi trenkuasa 1,440cc aspirasi natural (NA) atau enjin turbo baharu.
Tahun lalu, lakaran paten Hayabusa terbaharu bocor yang bermakna Suzuki dalam proses membangunkan generasi baharu digelar model 'wind god'. Sementara itu, berita Autoby menghasilkan imej digital tiga dimensi (3D) Hayabusa (2021) seperti di bawah.
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike
Berbanding versi lama, Hayabusa kelihatan lebih besar dan masih mengekalkan rekabentuk asli dengan kemasan plastik lembut di luar. Ada peluang Hayabusa baharu akan menggunakan enjin 1,440cc berkuasa 190hp atau enjin baharu dengan teknologi turbo.
Ramai menjangka Suzuki akan melengkapkan hyperbike tersebut dengan teknologi elektronik termaju seperti Sistem Tunggangan Pintar Suzuki (SIRS) yang diperkenalkan pada V-Strom 1050 XT (2020), terdiri daripada sensor baharu dan brek ABS selekoh.
Suzuki menamatkan jualan Hayabusa pada hujung 2018 berikutan kegagalan modrl itu mematuhi regulasi emisi Eropah. Model ini kali pertama diperkenalkan pada 1999 dan menjadi motosikal komersial pertama mencapai kelajuan 321kmj. Generasi akhir Hayabusa menggunakan enjin 1,340cc berkuasa 172hp @ 9,500rpm dan tork 132Nm @ 8,500rpm, manakala berat 250kg.
Jan says
kureng sikit la kalau 1400cc tapi horsepower x jejak 200.
kalau ngam2 200hp pun dah ok