• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Debut di Indonesia, Ketahui 4 Fakta Penting Tentang Honda CBR250RR

Debut di Indonesia, Ketahui 4 Fakta Penting Tentang Honda CBR250RR

July 31, 2016 By Admin PanduLaju 2 Comments

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

honda-cbr250rr
BERUNTUNGLAH jika Malaysia ada pasaran sebesar Indonesia yang kerap dipilih sebagai destinasi pelancaran perdana pelbagai jenama pengeluar motosikal baharu. Terkini, PT Astra Honda Motor (AHM) selaku pengedar rasmi jenama Honda Indonesia melancarkan debut antarabangsa Honda CBR250RR. Menurut AHM, Honda CBR250RR ialah model pertama diperkenalkan kepada dunia yang menetapkan standard premium bagi segmen motosikal  Indonesia.

Pembangunan  Honda CBR250RR dikembangkan berasaskan falsafah Honda dalam merekabentuk jentera supersport  yang berpaksikan motosikal perlumbaan tertinggi. Indonesia menerima dua varian Honda CBR250RR iaitu  STD (standard) dan ABS. Pilihan warna disediakan ialah Racing Red (merah), Anchor Grey Metallic (kelabu) dan Mate Gunpowder Black Metallic (hitam).

Model tersebut bakal berada di pasaran Indonesia penghujung tahun ini. Lebih menarik, AHM turut menawarkan 10 item tulen Honda CBR250RR seperti pad tangki, pelindung radiator, penutup (cowl) kerusi tunggal, fender penyisih (eliminator fender), sirip aero, pelindung tangan, fender karbon depan, hugger karbon, penutup atas tangki karbon dan pelindung mafler karbon.

Apa 4 fakta utama yang perlu anda tahu tentang Honda CBR250RR:

1. UNIT KUASA

Honda CBR250RR dilengkapi enjin generasi baru kompak; 250cc, penyejukan cecair, 4-injap, DOHC dan 2-silinder. Pembangunan dibuat hasil kolaborasi antara pasukan jurutera Jepun dan Indonesia sebelum dikeluarkan di kilang AHM Karawang. Karakter enjin sentiasa di paras optimum pada keseluruhan putaran enjin dengan raungan ekzos  memberikan sensasi ketika menikmati pecutan.

Banyak teknologi digunakan bagi menghasilkan enjin kompak seperti meletakkan gear pemacu primer dalam  rantai aci (cam chain), pam minyak di sisi kanan bersepadu dengan enjin, saluran pernafasan enjin di belakang silinder, dan pam air di kepala silinder seperti diterapkan pada Honda RC213V. Lebar enjin 2-silinder hampir sama dengan enjin 1-silinder. Bahagian penting lain ialah ambilan udara alir turun (downdraft air intake).  Pembersih udara dipindahkan dari posisi biasa di belakang silinder ke atas silinder.

2. REKABENTUK

Tema rekabentuk CBR250RR ialah bentuk kelajuan yang disebut 'Speed Shape'. Garis runcing dilihat bermula  sisi bawah, hadapan hingga belakang yang menyerlahkan siluet posisi tunggangan agresif. Desain hadapan besar memberikan penampilan garang.

Konfigurasi bahagian baharu diaplikasikan bagi mewujudkan konsep asli kowl berlapis Honda bagi mengoptimumkan aliran udara, sekali gus membantu proses penyejukan enjin. Sementara itu, keseimbangan kawalan jentera dipertingkat menerusi saiz pelana penunggang yang sengaja dikecilkan.

3. CASIS

Rekabentuk frem terkini memberikan kemampuan pengendalian optimum dan prestasi tunggangan luar biasa, manakala struktur paip keluli menjamin kekuatan dan kelenturan. Frem Honda CBR250RR  turut menyokong output dihasilkan dengan menghasilkan kestabilan sempurna berserta pengendalian optimum.

Lengan ayun jenis gull-arm (lengan-camar) dibuat daripada alumunium melalui proses tuangan terap gravity (gravity die casting - GDC) bagi mengurangkan berat tidak berpegas (unsprung) dan memaksimumkan rekabentuk ekzos supaya lebih dekat dengan pusat graviti.

Lengan ayun dihubungkan dengan frem utama  menggunakan suspensi Pro-Link. Suspensi fork terbalik Showa 37mm dipilih untuk menampung beban dan memberikan cengkaman sempurna. Honda juga menampilkan desain eksklusif lampu  LED dan rim 7-jejari.

4. ELEKTRIKAL DAN SISTEM KAWALAN

Sistem terotel-dawai (throttle-by-wire - TBW) digunakan bagi mendapatkan pecutan halus dan stabil, di mana  Honda CBR250RR ialah model pertama dalam kelasnya yang mengaplikasikan sistem TBW.

Butang sensor posisi pemecut (accelerator position sensor - APS) yang diletakkan di kiri hendal berfungsi automatik mengesan putaran pendikit sebelum menghantar signal elektrik kepada unit kawalan elektronik (ECU).  Sistem sama juga diaplikasikan pada Honda RC213V. Mod tunggangan juga disediakan sebagai opsyen menikmati fiil tunggangan dalam pelbagai kondisi jalan.

GALERI

Racing Red
Racing Red
Mate Gunpowder Black Metallic
Mate Gunpowder Black Metallic
Anchor Grey Metallic
Anchor Grey Metallic

Related

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CBR250RR, Honda CBR250RR 2017, motosikal, roda2, supersport bike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev