• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz Umum Tiada Lagi Kereta Manual

Mercedes-Benz Umum Tiada Lagi Kereta Manual

October 13, 2020 By admin.pandulaju Leave a Comment

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-BENZ secara rasmi menghentikan keluaran kereta transmisi manual pada model yang akan datang.

Gergasi automotif  itu menghasilkan pelbagai perubahan signifikan pada produk jenama tersebut dari semasa ke semasa dengan kemajuan teknologi. Salah satu perubahan terkini dimumkan pengeluar dari Jerman itu ialah tiada lagi gear manual untuk model Mercedes-Benz.

The head of @MercedesBenz's R&D operations, Markus Schaefer, has confirmed the company will "eliminate manual transmissions" as part of cost-cutting initiatives that will also see a "substantial reduction in platforms" and a "very dramatic reduction in combustion engines". pic.twitter.com/Ukm5AqP7hz

— Greg Kable (@GregKable) October 6, 2020

Ini berita malapetaka buat mereka yang sukakan kereta manual dan lebih selesa dengan cara sebegitu, terutama sebahagian besar pemandu Eropah yang lebih meminati kenderaan transmisi manual berbanding transmisi automatik.

Ketua Kajian dan Penyelidikan (R&D) Mercedes-Benz, Markus Schafer (foto atas) berkata, keputusan menghentikan pengeluaran kereta manual dibuat untuk mengemas kini pengeluaran dan meminimumkan kos sebanyak boleh.

Proses menghentikan transmisi manual sudah pun dimulakan Audi dengan menghasilkan ciri suis, dan pedal pada transmisi untuk model terbaharu jenama itu. Bagaimanapun, apa membezakan Mercedes-Benz dan pengeluar lain ialah pengeluar Jerman itu membuat pengumuman rasmi, manakala lain cuma hentikan saja.

BACA >>> Dua Varian Baharu Mercedes-Benz GLE Coupe, Harga Mula RM661k

Schafer burut berkongsi beberapa perubahan dirancang Mercedes-Benz untuk masa depan jenama itu seperti mengurangkan pengeluaran enjin pembakaran dalaman dan memperkemas platform pengeluaran secara besar-besaran.

Mercedes-Benz juga merancang mengurangkan portfolio enjin pembakaran dalaman sebanyak 40 peratus hingga 2025, dan dijangka berkurangan secara signifikan sebanyak 70 peratus menjelang 2030. Perubahan tersebut dilakukan dalam usaha melengkapkan kenderaan generasi maju.

Pengeluar  automotif Jerman itu juga sedang membangunkan model konsep seperti eScooter dan menghasilkan lebih banyak model kereta elektrik mewah untuk bersaing dengan trend industri automotif terkini.

"We will build the world's most desirable cars." – Our CEO Ola Källenius presents new strategy for #MercedesBenz Cars. For more information, watch the video and click here: https://t.co/qo4no5zWqa

— Mercedes-Benz Press (@MB_Press) October 6, 2020

SUMBER : WonderfulEngineering

Related

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Markus Schafer, Mercedes-benz, Roda4, Tiada Transmisi Manual untuk Mercedes-Benz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my