• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ABS Wheelie Bar - Peranti Belajar Wheelie Cara Selamat, RM1.2k

ABS Wheelie Bar - Peranti Belajar Wheelie Cara Selamat, RM1.2k

October 12, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

516
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA aksi lagak ngeri (stunt) popular dilakukan penunggang motosikal ialah wheelie yang dilakukan tanpa mengira jenis model daripada sekecil kapcai Honda C70 hingga sebesar tourer Kawasaki GTR1400 dan superbike.

Ramai penunggang motosikal belajar sendiri cara hendak wheelie dan bukan sedikit yang jatuh tergolek dengan kulit terkoyak disagat tar. Ramai juga yang patah tangan ketika melakukan aksi ekstrem menaikkan roda depan itu. Selain menanggung sakit badan, dompet juga boleh menipis dek perlu berbelanja membaik pulih motosikal dan merawat tuan punya badan.

Adakah cara lain untuk belajar wheelie selain duduk atas motosikal dan cuba angkat roda sendiri. Jawapannya, YA!

BACA >>> Tuisyen 'I Want to Wheelie' Ajar Penunggang UK Cara Wheelie dengan Betul

Pengeluar di Korea Selatan menawarkan unit peranti dipanggil ABS Wheelie Bar untuk membantu penunggang berlatih wheelie dengan selamat. Ia juga mudah dipasang dan ditangggalkan menggunakan spanar.

Peranti ini perlu dipasangkan pada swingarm dan selari brek belakang. Rekabentuk juga ringkas, agak panjang dan ada satu roda kecil di hujung peranti, selepas roda belakang. Ada juga arm fleksibel yang akan bergerak bersama ketika wheelie.

BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Z125 yang Mudah Buat Aksi Wheelie

Wheelie 5
Wheelie 7
Wheelie 6
Wheelie1

ABS Wheelie Bar perlu diikat pada swingarm menggunakan skru pada apit (clamp) disediakan. Ada satu kabel dawai dan spring (seperti digunakan tongkat motosikal) yang perlu diikatkan pada peg brek. Jika dipasangkan tepat, sebaik saja tayar depan terangkat, penggelek (roller) akan menyentuh permukaan tanah.

Jika aksi wheelie terlalu tinggi pula, peg brek tadi yang disambungkan dengan kabel dawai, akan mengaktifkan brek pada roller. Ini dapat membantu motosikal yang sedang wheelie supaya tidak terbalik.

Ini bermakna peranti dipasangkan ini dapat mengelak penunggang daripada terjatuh dan cedera, sekali gus menyelamatkan motosikal itu sendiri. Penunggang juga boleh menetapkan tahap ketinggian wheelie mengikut selera sendiri ketika memasang atau melaraskan sambungan kabel.

Produk ABS Wheelie Bar seberat 3.3kg ini menggunakan material aluminium, manakala penghantaran percuma yang mengambil masa 3-7 hari. Harga jualan promosi di laman web ialah RM1,245. Jika berminat, boleh layari laman ini: ABSWB.

BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Z125 yang Mudah Buat Aksi Wheelie

GALERI
Wheelie
Wheelie1
Wheelie 4
Wheelie 2
Wheelie 3

SUMBER: ABSWB

Related

516
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ABS Wheelie Bar, aksesori, Bar Wheelie, Komponen, peranti, Peranti Belajar Wheelie, wheelie

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev