• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Helikopter Kawasaki K-RACER Guna Enjin Supercas Ninja H2R

Helikopter Kawasaki K-RACER Guna Enjin Supercas Ninja H2R

October 8, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Heavy Industries (KHI)
mengumumkan kejayaan penerbangan helikopter tanpa juruterbang, dipanggil K-RACER, iaitu akronim kepada Kawasaki Researching Autonomic Compound to Exceed Rotorcraft (Kompaun Autonomik Penyelidikan Kawasaki untuk Mencapai Rotorkraf).

Helikopter itu, yang diterbangkan di kawasan Taman Udara Pelbagai Guna Taiki-cho di Hokkaido, Jepun, nampak seakan dibina untuk tujuan penerbangan berkelajuan tinggi dan sukar ditandingi model konvensional.

BACA >>> Yamaha Thailand Lancar Khidmat Sembur Racun Guna Dron

Ini kerana trenkuasa helikopter K-RACER menggunakan enjin hyperbike Kawasaki Ninja H2R. Malah, video dikongsi di atas menunjukkan ujian penerbangan helikopter dibangunkan syarikat Aerospace Systems itu berjalan lancar dan stabil sekali.

K-RACER ialah jentera ujian istimewa yang tergolong dalam kategori helikopter kompau (compound helicopter). Pesawat kategori ini memiliki propeler tambahan untuk menolak pesawat ke depan. Ia ada bilah utama (atas bumbung) berdiameter 4 meter dan sayap utama berserta propeler di kedua-dua bahagian.

Helikopter ini tiada rotor pada bahagian ekor. Ia nampak lebih kepada sejenis jet ringan dengan propeler helikopter. Propeler kiri-kanan itu akan 'menarik' kuasa tork daripada bilah utama (atas bumbung) ketika terbang untuk menarik helikopter itu untuk terus maju ke depan (macam jet ringan).

Apabila penerbangan ke depan, sayap utama K-RACER berfungsi mengurangkan beban pada bilah utama selain membantu ia kekal terapung di udara. Konsep ini membolehkan pesawat terbang lebih pantas berbanding helikopter konvensional.

KHI bukan pemain baharu dalam segmen helikopter kerana sebelum ini pernah menghasilkan helikopter dalam skala besar seperti siri utiliti BK117 untuk kegunaan doktor, anggota bomba dan petugas penyelamat lain. Mengenai K-RACER, KHI tidak mendedahkan bagaimana enjin H2R dipasangkan pada helikopter berkenaan atau menunjukkan teknologi kawalan jarak jauh.

BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!

SUMBER: Young-Machine

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aerospace Systems, Auto Terkini, Helikopter, Helikopter K-RACER, K-RACER, Kawasaki, Kawasaki Heavy Industries (KHI), pesawat udara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev