• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Siar Foto Acah Enjin V4 untuk Model Baharu, Dipercayai Multistrada

Ducati Siar Foto Acah Enjin V4 untuk Model Baharu, Dipercayai Multistrada

October 7, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


DUCATI secara rasmi mengeluarkan foto acah platform enjin V4 dalam laman web dan media sosial pengeluar itu, yang hampir pasti kepada pengenalan model adventure tourer Multistrada V4.

Multistrada versi enjin V4 sudah lama diketahui dan turut disahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali mengenai debut model itu pada penghujung tahun ini.

Spekulasi itu ditambah dengan beberapa foto intip tunggang uji dalam bentuk prapengeluaran yang  memberikan idea mengenai rupa model baharu tersebut. Ada beberapa perincian masih tidak diketahui, dan Ducati nampaknya mahu mendedahkan segalanya dalam beberapa minggu akan datang.

Teorem Pertama, '4 is lighter than 2' menjelaskan Ducati sudah menemui cara menjadikan enjin 4-silinder Desmosedici Stradale V4  lebih ringan berbanding 2-silinder Testastretta 11° DS, manakala Teorem Kedua, 'The Power is Smooth', mendedahkan ciri kelancaran kuasa dimiliki model baharu itu.

Mengenai Teorem Pertama, Ducati mendakwa, gerek (bore) enjin V4 yang lebih kecil menyumbang kepada pengurangan berat hingga 1.2kg berbanding platform V-Twin sedia ada.

Ada dua lagi teorem belum diketahui dan akan didedahkan pada 8 dan 13 Oktober ini. Justeru Ducati masih ada masa untuk melengkapkan penyataan acah (teaser statement)  mengenai model advencer 4-silinder tersebut.

Secara visual, nilai estetika model baharu ini tidak jauh berbeza dengan Multistrada sedia ada yang bakal dilengkapkan ciri Kawalan Jelajah Adaptif buatan Bosch. Ada juga khabar menyatakan model ini akan menerima sesaran enjin berbeza daripada Panigale V4 dan Streetfighter V4 yang berkongsi platform sama.

Saiz enjin yang akan digunakan bersesaran 1,158cc dan sedang dibangunkan di fasiliti Borgo Panigale.

Ada beberapa perdebatan mengenai ukuran saiz enjin, tetapi laman MCN mendakwa itu Multistrada V4. Mungkin benar, kerana Ducati pernah menyatakan Multistrada V4 tidak memiliki angka kuda tinggi seperti sportbike. Sebaliknya, model tersebut akan menumpukan kepada aspek tork dan kuasa, selain mengimbangi penggunaan bahan api dan kemampuan menunggang.

Kami jangka kuasa dihasilkan sekitar 180hp, dan bukan 200+hp pada jentera lain. Enjin V4 mempunyai gerek lebih kecil daripada enjin 2-silinder. Kami jangka ada tambahan 55cc pada enjin baharu kali ini daripada lejang (stroke) panjang.

Segalanya akan terjawab beberapa hari lagi mengenai model V4 baharu ini. Tungguuu...

BACA >>> #Spyshot: Ducati Multistrada V4 Dikesan Jalani Ujian Enduran Off-Road
BACA >>> CEO Ducati: Superleggera V4 ke Litar Nardo untuk Fasa Pengeluaran Akhir

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: adventure tourer, Ducati Multistrada V4 (2021), Foto Acah, Foto Teaser Ducati Multistrada V4 (2021), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev