• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CR-V Baharu Buka Tempahan, 4WD Kini Ada Honda Sensing

Honda CR-V Baharu Buka Tempahan, 4WD Kini Ada Honda Sensing

October 6, 2020 By Han Othman Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia hari ini membuka tempahan CR-V baharu di semua pengedar Honda seluruh negara.

Pengarah Urusan Honda Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Toichi Ishiyama berkata, CRV mencatatkan sejarah sebagai model pemasangan tempatan (CKD) pertama yang dikeluarkan dari kilang Melaka pada 2003 dan menerajui segmen SUV dan perkongsian pasaran dengan lebih 100,000 unit terjual.

Ishiyama berkata;

Kami yakin CR-V baharu bukan hanya meneruskan jejak rekod luar biasa, tetapi juga meraih status sebagai nombor satu dalam segmen SUV bukan nasional dengan menawarkan pakej lengkap terdiri daripada luaran memberangsangkan, enjin VTEC Turbo dan Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Baharu, Honda Sensing.

"Kami yakin CR-V baharu dipertingkat ini ialah SUV ideal untuk keluarga dan profesional yang memiliki cita rasa sofistikated dan bergaya." katanya.

honda-crv-baharu-2020-tempahan-3
honda-crv-baharu-2020-tempahan-4

Luaran CR-V baharu kini diperhalusi untuk menyerlahkan karakter sofistikated dan moden. Rupa depan lebih menawan dengan gril hitam baharu yang digabungkan dengan lampu utama LED signatur Honda, manakala bampar depan menampilkan fasia krom gaya-sayap baharu - Wing-Style Chrome Fascia.

Daya tarik SUV ini diteruskan lagi menerusi rekabentuk belakang krom gelap New Rear Dark Chrome dan lampu belakang kemasan smoke New Smoked Finish Taillights. Bampar belakang turut dicantikkan dengan kemasan Wing-Style Chrome Fascia dan kemasan paip ekzos baharu, New Tail Pipe Finisher.

Bahagian roda CR-V baharu menggunakan rim aloi dwi-tona 18 inci dengan rekaan baharu. SUV ini turut dilengkapi ciri termaju baharu seperti but elektrik bebas tangan yang boleh dibuka dengan menggerakkan kaki di bawah bampar belakang untuk buka atau tutup.

Trenkuasa dijana enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 190hp dan tork 243Nm yang menjadikan SUV ini lebih berkuasa daripada prestasi enjin 2.4L, tetapi pada masa sama menawarkan penjimatan bahan api.

Sebagai tambahan, CR-V masih mengekalkan prestasi 4WD dinamik dengan Sistem Kawalan Pintar untuk memindahkan tork tanpa masalah lengah dan menyediakan kuasa optimum ke roda belakang untuk traksi dan kawalan lebih baik.

Tidak dilupakan ciri keselamatan termaju untuk perlindungan menyeluruh kepada pemandu dan penumpang, termasuk pakej Honda Sensing yang terdiri daripada lapan ciri berikut:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Susur Halaju-Perlahan (LSF)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Mitigasi Tukar Jalan (RDM)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Lagi, Honda LaneWatch kini menjadi ciri keselamatan standard untuk CR-V baharu yang dibangunkan untuk menambah baik kepekaan dan menjamin keselamatan pemandu. Sistem ini menggunakan kamera yang dipasangkan pada cermin sisi penumpang sebelah dengan visual dipaparkan pada skrin unit infotainmen apabila membelok atau menukar lorong.

Sejak dilancarkan pada 2017, lebih 36,000 unit CR-V generasi kelima berada atas jalan Malaysia dengan menyumbang 19 peratus kepada pasaran segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) bukan nasional. Pelancaran CR-V baharu ini dijadualkan berlangsung pada suku keempat tahun ini.

CR-V baharu kini siap sedia ditempah di 101 wakil pengedar sah Honda seluruh negara. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol Honda, 1-800-88-2020, atay layari www.honda.com.my.

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda CR-V Baharu, Honda Malaysia, honda sensing, Tempahan Honda CR-V Baharu, Toichi Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev