• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Siar Video Klip Almera Turbo, Sesi Pandu Uji Dibuka Bulan Ini!

Nissan Siar Video Klip Almera Turbo, Sesi Pandu Uji Dibuka Bulan Ini!

October 6, 2020 By Azhan O Leave a Comment

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN menyiarkan video klip Almera Turbo serba baharu di laman Facebook pengeluar itu, seakan memberi bayangan yang sedan segmen-B itu akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi untuk pasaran Malaysia.

Malah wakil pengedar Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini membuka sesi pandu uji di beberapa bilik pameran Nissan terpilih seluruh negara bermula 10 Oktober ini dengan menawarkan hadiah berupa 15 unit iPhone SE bernilai hingga RM32,985 untuk dimenangi.

Tempahan pandu uji Almera Turbo juga boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web almeraturbo.com.my, manakala tempahan pembelian sudah dibuka sejak 4 September lalu pada julat harga antara RM80,000 hingga bawah RM100,000.

BACA >>> Nissan Almera Turbo Buka Tempahan, Harga Mula RM80k, Petrol Penuh 650km!

ETCM turut mendedahkan spesifikasi lengkap setiap varian Almera Turbo yang ditawarkan dalam tiga pilihan, iaitu VL, VLP dan VLT.

Ketiga-tiga varian dijana enjin sama serba baharu, 3-silinder sebaris 1.0L Turbo DOHC berkuasa 98hp @ 5,000rpm dan tork 152Nm @ 2,400-4,000rpm, manakala transmisi jenis X-Tronic CVT dengan D-Step Logic dan Mod Sport.

Menarik mengenai Almera Turbo, isian penuh tangki 35 liter sedan ini menawarkan penggunaan bahan api 18.4km per liter atau hingga 650km!

almera-turbo-nissan-intelligent-mobility-1
almera-turbo-nissan-intelligent-mobility-2
almera-turbo-nissan-intelligent-mobility-3

Selain itu, sedan subkompak ini turut dilengkapi teknologi bantuan pemandu, dinamakan Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang mana semua varian diberikan ciri standard Amaran Perlanggaran Depan Pintar (IFCW) dengan Brek Kecemasan Depan Pintar (IFEB). Varian premium, VLT pula ditambah sistem Pemantau Pandang Keliling Pintar (IAVM) dengan Pengesan Objek Bergerak (IMOD), Amaran Titik Buta (BSW) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

nissan-almera-turbo-exterior-1
nissan-almera-turbo-exterior-2
nissan-almera-turbo-exterior-3
nissan-almera-turbo-exterior-4

Tidak dilupakan pakej keselamatan Nissan Safety Shield 360, setiap varian mendapat 6 beg udara (kecuali VL, 2 beg udara), Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dengan Kawalan Traksi, dan ISOFIX dengan pautan atas.

nissan-almera-turbo-interior-1
nissan-almera-turbo-interior-2
nissan-almera-turbo-interior-3
nissan-almera-turbo-interior-4
nissan-almera-turbo-interior-5

Varian VLP dan VLT mendapat Paparan Bantu Pandu Termaju (ADAD) semi-digital 7 inci warna penuh dengan suis audio, Bluetooth dan ADAD pada stereng. Unit infotainment skrin sentuh jenis Display Audio 8 inci dengan konektiviti Apple Car Play. Ada juga kawalan klimat automatik untuk sistem penyaman udara.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO (2021) Berkuasa 600hp Kini di Amerika dengan Harga RM877k!

waranti-nissan-almera-turbo-1
waranti-nissan-almera-turbo-2

Setiap pembelian dipakejkan dengan 5 tahun waranti tanpa had perbatuan, dan 5 tahun servis penyenggaraan percuma, termasuk alat ganti dan kos buruh.

Ada enam warna luaran ditawarkan, termasuk tiga warna baharu, iaitu Radiant Red (merah), Monarch Orange (jingga) dan Dark Metal Grey (kelabu) yang melengkapi warna popular sedia ada seperti Brilliant White (putih), Diamond Black (hitam) dan Tungsten Silver (perak). Semua varian Almera Turbo serba baharu juga mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

BACA >>> Nissan Maxima 40th Anniversary Edition, Abang Besar Almera dengan Enjin 3.5L V6, 300hp!

Related

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Nissan, Nissan Almera Turbo, Roda4, sedan segmen-B, Video Acah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev