• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Pendaftaran Piala Bakat Shell Advance Dibuka

BERITA AUTO: Pendaftaran Piala Bakat Shell Advance Dibuka

July 21, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

SAATC riders in action in Aragon, SpainSHELL Malaysia kini sedang mencari penunggang muda Malaysia berbakat bagi menyertai cabaran Piala Bakat Asia Shell Advance (SAATC) 2015. Sekiranya anda berusia antara 13 hingga 20 tahun, ini adalah peluang terbaik mencungkil bakat untuk menjadi seorang pelumba motosikal.

Bermula 1 Ogos hingga 5 September hadapan, mereka yang berminat boleh mendaftar di www.asiatalentcup.com. Manakala pemohon yang sudah mendaftar diri semasa di pameran bergerak Shell Advance seluruh negara secara automatik akan dimasukkan dalam senarai permohonan.

Bagi mereka yang terpilih, senarai penunggang bakal diumumkan pada 18 September manakala sesi pemilihan akan diadakan pada 27 dan 28 Oktober 2014 di Litar Antarabangsa Sepang. Mereka yang layak berpeluang menyertai perlumbaan di bawah bimbingan mentor untuk berlumba di peringkat antarabangsa.

SeleccionwebMalaysian rider leading a Japanese rider into a corner   Two riders in action in Spain

Pengarah Piala Bakat Asia Shell Advance, Alberto Puig berkata, pihaknya mahu berikan satu pengalaman dan kenangan berharga buat pelumba yang mungkin tidak boleh dibeli dengan wang ringgit selain mencungkil bakat terpendam.

Tambah Alberto, beliau komited untuk memastikan setiap penunggung yang layak akan diberikan latihan mencukupi bagi mempersiapkan diri mereka ke gelanggang sebenar. Kami juga yakin ia akan menarik lebih banyak penyertaan pada tahun hadapan.

Dalam kejohanan sulung tahun ini, 22 penunggang muda, termasuk tujuh penunggang tempatan bersaing dalam lapan perlumbaan di enam pusingan, iaitu Qatar, Indonesia, China, Jepun dan Malaysia. Berbaki tiga pusingan terakhir, Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi perlumbaan keempat yang akan berlangsung pada 19 September hadapan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: China, Indonesia, Jepun, Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, Piala Bakat Asia Shell Advance, Qatar, Shell Advance, Shell Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my