• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mat Bezza Simbah Air Dah Kena Cekup

Mat Bezza Simbah Air Dah Kena Cekup

October 6, 2020 By Azizi H Leave a Comment

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS akhirnya memberkas pemandu Bezza yang tular di media sosial kerana menyimbah minuman kepada jurutol di Plaza Tol Lebuhraya Shah Alam (Kesas), semalam.

Penangkapan suspek lelaki berusia 30-an itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Risikin Satiman susulan laporan dibuat mangsa.

Menurutnya, suspek memandu masuk ke lorong tol yang dijaga mangsa pada jam 7 pagi kerana mahu menambah nilai kad Touch N' Go. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan urusan tambah nilai hanya boleh dibuat di lorong sebelah dan suspek mengikut apa disarankan.

Bagaimanapun, suspek kembali semula ke tempat mangsa bertugas pada jam 9.05 pagi pada hari sama dengan membawa bungkusan air minuman dan bertindak menyimbah mangsa sebelum berlalu pergi. Mangsa membuat laporan kerana bimbang dengan ugutan suspek.

Susulan laporan itu, polis pantas menjalankan siasatan dan menahan suspek. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

BACA >>> Teknik Serbu, Tahan Suspek Bantu Kurangkan Jenayah Curi Motor di UK
BACA >>> Britain Kaji Semula Undang-Undang Lindungi Polis Banteras Penjenayah Moped

SUMBER: HarianMetro | InfoRoadblock/JPJPOLIS

Related

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jurutol, Lebuhraya KESAS, Pemandu Bezza Simbah Air

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my