HONDA CBR250RR tidak hanya ditawarkan dalam pilihan CBR250RR SP Quick Shifter. Terbaharu, wakil pengedar motosikal Honda di Indonesia, Astra Honda Motor (AHM) Indonesia menambah dua lagi varian baharu, iaitu Honda CBR250RR SP dan Honda CBR250RR.
CBR250RR SP menggunakan enjin dwi-silinder 250cc DOHC yang lebih bertenaga, berkuasa 39hp @ 13,000rpm dan tork 25Nm @ 11,000rpm. Dengan berat 168kg, sportbike suku liter ini cuma memerlukan 8.65 saat untuk mencapai jarak 200m dan mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 172kmj.
Dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist and Slipper (A&S) untuk mengelak masalah tayar belakang terkunci ketika menganjak turun gear secara ekstrem, selain membuatkan operasi klac lebih lancar. Varian ini turut dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Berikut harga CBR250RR SP mengikut pilihan warna:
- Honda Racing Red - Rp73.3 juta (RM20,557)
- Mat Gunpowder Black Metallic - RM72.7 juta (RM20,410)
- Bravery Red Black - Rp 72.7 juta (RM20,410)
Sebagai makluman, CBR250RR SP ialah versi CBR250RR SP QS tanpa ciri Quick Shifter.
Sementara itu, varian ketiga Honda CBR250RR ialah model versi standard yang didatangkan dengan enjin dwi-silinder 250cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 38.1hp @12,500rpm dan tork 23.3Nm @11,000 rpm.
Varian ini mendapat warna badan baharu, Bravery Red Black dengan kombinasi hitam dan merah pada harga Rp66.1 juta (RM18,560), sebagai tambahan kepada warna sedia ada Black Freedom (foto atas) dan Mat Gunpowder Black Metallic.
BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Indonesia Ada Dua Varian Enjin, Malaysia Dapat Mana Satu?
BACA >>> BMW Motorrad Mahu Siasat Sportbike Klon S1000RR dari China
Leave a Reply