• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB650R (2021) Kini dengan Suspensi Baharu, Gaya Lebih Segar

Honda CB650R (2021) Kini dengan Suspensi Baharu, Gaya Lebih Segar

October 2, 2020 By admin.pandulaju 2 Comments

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mengumumkan spesifikasi dan ciri untuk CB650R (2021) yang menyaksikan perubahan besar sejak rekabentuk baharu neo-retro untuk model siri CB didedahkan pada awal 2019.

Pasukan jurutera Honda bekerja keras utnuk menambah baik aspek pengendalian, keselesaan, dan praktikaliti model berkenaan seiring regulasi Euro5 terkini yang perlu dipatuhi. Kini segalanya diperbaharui.

PILIHAN WARNA, GAYA SERBA BAHARU

Rupa classy CB650R  dalam gaya Neo Sport Café muncul pada 2019 yang kemudian menjadi asas kepada rekabentuk siri CB hari ini.  Jadi tidak mengejutkan cuma sedikit perubahan visual dilakukan.

CB650R kini memiliki panel sisi lebih kecil yang menyerlahkan rekabentuk rapi motosikal tersebut. Madgad belakang dibuat daripada keluli dan bukan lagi plastik nilon.

Ada satu warna diperkenalkan, iaitu Pearl Smoky Grey (foto atas). Warna lain ditawarkan ialah Matt Gunpowder Black Metallic (hitam), Candy Chromosphere Red (merah) dan Matt Jeans Blue Metallic (biru).

SISTEM SUSPENSI DIPERTINGKAT

Perubahan terbesar CB650R edisi 2021 adalah menambah baik set fork depan jenis Showa Separate Function Big Piston (SFF BP). Model terdahulu turut menggunakan fork jenama sama, jenis Showa Separate Function (SFF) dan tiada sebarang rungutan diterima mengenai aspek pengendalian.

Naik taraf kepada fork SFF BP ialah kemas kini terbesar dilakukan Honda. Damper pemisah tekanan dalam satu tiub fork dan mekanisme spring di sebelah lagi memberikan prestasi redaman optimum dan juyga lebih ringan berbanding sebelum ini.

LEBIH SELESA, LEBIH MAJU

Salah satu rungutan mengenai CB650R yang dilancarkan tahun lalu ialah pemuka yang sukar dibaca. Jadi Honda mendengar keluhan itu dengan membaiki masalah tersebut untuk model 2021. Saiz fon kini lebih besar dan sudut pemuka diubah supaya mudah dibaca.

Perubahan lain di depan ialah sudut bar hendal dinaikkan 3° hingga 35°. Menurut Honda, CB650R (2021) kini lebih mudah dikendalikan ketika menunggang dalam halaju rendah itu dan melakukan pusingan-U.

Di bawah pelana, dengan ketinggian 810mm, disediakan soket USB Type-C untuk mengecas telefon pintar dan peranti lain ketika menunggang.

honda-cb650r-uk-2021-22
honda-cb650r-uk-2021-19
SPESIFIKASI HONDA CB650R (2021)

ENJIN: 4-lejang 16 injap 4-silinder sebaris 649cc DOHC penyejukan cecair  dengan teknologi suntikan bahan api elektronik PGM-FI
KUASA DAN TORK: 93.8hp @ 12,000rpm; 63Nm @ 8,500rpm
KAPASITI TANGKI MINYAK: 15.4 liter
PENGGUNAAN MINYAK: 20.4km per liter
TRANSMSI: Basah, cakera multiplat 6-kelajuan
TINGGI PELANA: 810mm
BERAT KERB: 202.5kg
SUSPENSI: Fork terbalik (USD) Showa Separate Function Fork Big Piston (SFF-BP) 41mm (depan); Monoshock boleh laras prabeban 7 tahap, travel 43.5mm (belakang)
TAYAR: 120/70ZR17 M/C (58W) (depan); 180/55ZR17 M/C (73W) (belakang)
SISTEM BREK: Brek cakera kembar 310mm dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran (depan); Brek cakera hidraulik 240mm (belakang)
CIRI: Spidometer digital, takometer graf bar digital, meter dwi-trip, tolok petrol graf bar digital, posisi gear dan indikator anjak naik gear, jam digital, lampu depan LED, lampu belakang LED

GALERI
honda-cb650r-uk-2021-6
honda-cb650r-uk-2021-1
honda-cb650r-uk-2021-5
honda-cb650r-uk-2021-3
honda-cb650r-uk-2021-4
honda-cb650r-uk-2021-7
honda-cb650r-uk-2021-8
honda-cb650r-uk-2021-9
honda-cb650r-uk-2021-10
honda-cb650r-uk-2021-11
honda-cb650r-uk-2021-12
honda-cb650r-uk-2021-13
honda-cb650r-uk-2021-14
honda-cb650r-uk-2021-15
honda-cb650r-uk-2021-16
honda-cb650r-uk-2021-17
honda-cb650r-uk-2021-18
honda-cb650r-uk-2021-19
honda-cb650r-uk-2021-20
honda-cb650r-uk-2021-21
honda-cb650r-uk-2021-22

SUMBER: VisorDown

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Harga Honda CB500R (2017, Honda, Honda CB650R, Honda UK, neo retro, roadster, roda2

Comments

  1. Jan says

    October 4, 2020 at 11:38 AM

    xde beza dari segi rupa, motor ni oklah, cantik la jgk, tapi saya x minat dgn Ram-air atau air scoop tepi tank tu, terlalu mencolok dan nampak canggung.

    motor naked honda yg lawa masih tetap design CB1300 atau CB400. itu mmg sangat hensem.

    Reply
  2. Zayady says

    October 21, 2020 at 3:02 AM

    Bila model CB650R -2021 akan berada dia showroom big wing (Malaysia) ?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev