• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Thailand Lancar Honda Super Cub (2020) Serba Baharu, Harga RM6.2k

Thailand Lancar Honda Super Cub (2020) Serba Baharu, Harga RM6.2k

October 1, 2020 By Aryon Leave a Comment

764
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Thailand baru saja melancarkan Super Cub (2020) serba baharu pada harga 47,400 baht (RM6,220). Berbanding lama, model baharu ini masih mengekalkan rekabentuk luaran sama dengan sedikit perubahan spesifikasi.

Super Cub (2020) serba baharu ini memiliki casis lebih kuat, tetapi ringan yang membantu mengurangkan berat keseluruhan jentera sebanyak 3kg berbanding model terdahulu. Ada lima warna ditawarkan, iaitu merah, putih, biru, merah jambu dan kuning.

BACA >>> Honda Super Cub 125 Kini di Malaysia - Harga RM13,999 Sahaja

Aspek teknikal dinaik taraf daripada 109.1cc kepada 109.5cc dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI, manakala nisbah mampatan dinaikkan kepada 10:1. Bagaimanapun, angka kuasa tidak didedahkan, dan sistem transmisi masih mengekalkan kotak gear automatik rotari 4-kelajuan dengan nisbah gear ditambah baik.

Panel meter jenis LCD multimeter yang memaparkan maklumat seperti posisi gear, bar minyak, jam, jarak perjalanan dan tetapan jarak trip.

Ciri asas seperti brek, tayar, dan absorber tidak dinaik taraf. Brek masih menggunakan jenis dram di depan dan belakang, dan saiz tayar pula jenis tiub 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang)

Di Malaysia, model Super Cub yang dibawa masuk Boon Siew Honda (BSH) ialah Super Cub C125, dijual pada harga RM13,999. Kapcai gaya retro ini dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 124.89cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 9.1hp @ 7,500rpm dan tork 9.98Nm @ 5,000rpm. Sistem brek pula menggunakan brek cakera di depan dan dram di belakang.

BACA >>> Paten Dedahkan Honda Super Cub Electric Kini dalam Pembikinan

Related

764
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: honda cub, Honda Motorcycle Thailand, honda super cub, Honda Super Cub (2020), Honda Thailand, Kapcai, Moped, roda2, underbone

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my