• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Makan@Mesra di Stesen Petronas Tawar Konsep Beli Makanan Cara 'Grab-and-Go'

Makan@Mesra di Stesen Petronas Tawar Konsep Beli Makanan Cara 'Grab-and-Go'

October 1, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan Makan@Mesra di Stesen Minyak Petronas Taman Setiawangsa.

Makan@Mesra ialah sudut khas yang disediakan di Kedai Mesra yang berkonsepkan ambil dan balik (grab-and-go) dengan menawarkan sajian makanan segar, seimbang dan merah pada harga bawah RM12.

Selain konsep baharu itu, Kedai Mesra juga menawarkan kemudahan seperti penyaman udara, mesin kopi dan ketuhar gelombang mikro bagi memudahkan pelanggan menikmati juadah.

BACA >>> Valentino Rossi Sah ke Petronas Yamaha SRT Musim Depan!

Petronas Makan@Mesra_2
Petronas Makan@Mesra_2
Petronas Makan@Mesra_1

Buat masa ini, sudut Makan@Mesra boleh didapati di tujuh stesen minyak Petronas seperti berikut:

  • Petronas Jalan Kolam Ayer
  • Petronas MRR2 Jalan Ampang
  • Petronas Cyberjaya 1
  • Petronas Mutiara Damansara
  • Petronas Kota Kemuning
  • Petronas Kota Damansara
  • Petronas Taman Setiawangsa

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PDB, Azrul Osman Rani berkata, konsep itu kali pertama dicuba di Stesen Petronas Jalan Kolam Ayer di Ampang tahun lalu yang menyaksikan peningkatan konsep makanan on-the-go sebelum diperluas di stesen minyak Petronas lain.

Petronas juga mensasarkan pembukaan 15 lagi konsep Makan@Mesra tahun ini, dan 200 lagi tahun depan, menjadikan keseluruhan tawaran Makan@Mesra di 222 stesen Petronas. Antara sajian makanan yang disediakan ialah sandwich club, nasi lemak,  daging, salad, salmon salai, ayam panggang, ayam kungpao dengan nasi, English Trifle, puding roti, oat, buah-buahan dan lain-lain.

Semua makanan itu diperoleh daripada pembekal tempatan, seiring komitmen PDB dalam mempromosikan barangan tempatan menerusi kempen 'Love Local'.

BACA >>> Kempen Love Local Belanja Minimum RM30 di Stesen PETRONAS, Dapat Baucar Spesial
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem DAS Untungkan Mercedes AMG PETRONAS?

Related

191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autoterkini, Kedai Mesra Petronas, Petronas, Petronas Dagangan Berhad (PDB), Petronas Makan@Mesra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev